"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, April 30, 2010

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, sertai Umno

ANDA BAIK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, menyerahkan borang ahli untuk menyertai Umno selepas enam bulan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas.

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, menyerahkan borang ahli kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi lain selepas mesyuarat majlis itu di Institut Latihan dan Memperkasa Umno di janda Baik hari ini. - Foto Umno Online 


Borang keahlian itu diserahkan Badrul Hisham kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) selepas Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Institut Latihan dan Memperkasa Umno di sini hari ini.

Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober tahun lalu dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Dengan kemasukan beliau, kini ada 21 Adun BN dengan 19 daripadanya adalah daripada Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pakatan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum lalu selepas menguasai 36 kerusi DUN iaitu - PKR (15), DAP (13) dan Pas (lapan), manakala Barisan Nasional (BN) 20 kerusi.

Badrul Hisham berkata, tindakannya itu bagi memperkuatkan Umno dan BN kerana banyak hal ehwal pembangunan, ekonomi, kebajikan dan agama yang perlu dilakukan di Selangor.

“Banyak perkara perlu dibuat di Selangor. Jadi saya menyertai Umno untuk bersama-sama BN merampas kembali Selangor,” katanya kepada Umno Online.

Beliau berkata, masyarakat kini termasuk orang Melayu berpecah-belah kerana tindakan pakatan pembangkang yang mahu mencapai kepentingan politik mereka sehingga menyebabkan banyak kemajuan tergendala.

“Kita perlu kuatkan kedudukan parti dan memperkukuhkan perpaduan supaya dapat memperjuangkan nasib pengundi dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya. - Berita Harian

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment