HULU SELANGOR: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang,  Tan Wei Shu, yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini  dan menjadi wakil Bebas adalah tepat pada masanya, kata Tan Sri  Muhyiddin Yassin. 
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan  Nasional (BN) berkata ia adalah satu isyarat kepada pengundi bagi kerusi  Parlimen Hulu Selangor khususnya bahawa lebih ramai anggota parti itu  semakin tidak mempercayai perjuangan PKR.
"PKR sudah sampai ke peringkat yang tidak mungkin diyakini, dipercayai  bukan sahaja oleh orang biasa tetapi anggota dan pemimpin mereka,"  katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN)  bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Pusat Gerakan BN di  Bukit Sentosa di sini. 
Muhyiddin berkata, tindakan semakin ramai anggota parti itu keluar  parti membuktikan mereka berpendapat bahawa perjuangan PKR adalah  sia-sia dan terpedaya dengan kata-kata hebat pemimpin parti itu, Datuk  Seri Anwar Ibrahim. 
"Pastinya ialah kerana waktu awal jadi anggota PKR dulu, dia begitu  yakin dengan keupayaan Anwar... terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang  hebat-hebat tetapi dalam tempoh dua tahun sudah dapat menilai siapa  Anwar, siapa PKR, apa yang sudah dan boleh mereka lakukan. 
"Mereka berasa kecewa perjuangan awal yang disebut dalam PKR kini  tidak bermakna apa-apa," katanya.     
Tan, 54, berkata keputusannya keluar daripada PKR disebabkan rasa  tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang  beliau sifatkan sebagai "kacang lupakan kulit". 
Brikutan tindakan Tan hari ini, Dewan Undangan Negeri Kedah kini  terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil BN, tiga PKR, satu DAP dan dua  Bebas. - Berita Harian
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment