"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, September 23, 2011

PAS laksanakan Hudud?

Kecoh dalam sehari dua ni yang PAS nak laksana hudud. Pada aku, ini semua adalah permainan politik pembangkang yang langsung tak masuk akal. Selama memerintah 20 tahun lebih di Kelantan, pernahkah hudud dilaksanakan?

Saturday, September 3, 2011

Mat Sabu mengagungkan Perjuangan Komunis..?

Komunis! Chin Peng!

Ayat-ayat itu sahaja dah cukup mengguris hati orang-orang melayu yang mendengarnya. Masakan tidak, pelbagai masalah telah dilakukan oleh mereka. Membunuh, membakar, menyeksa dan sebagainya. Ketika Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya mula menunjukkan belang mereka. Membunuh orang adalah perkara biasa. Rasanya, kekejaman pihak komunis masih segar dalam fikiran kebanyakkan rakyat Malaysia.