"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Monday, February 21, 2011

EXCO - PAS SIAP SEDIA PARANG JIKA HASAN ALI DIBUANG!!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini telah mengesahkan ada perbincangan diadakan mengenai rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor melibatkan beberapa jawatan. Ini merupakan salah satu strategi membersihkan Exco yang dilihat memberi liabiliti kepada kekuatan gabungan DAP, PKR dan PAS. Antara nama yang disebut2 akan disingkirkan dari jawatan Exco termasuklah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Bekas Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu. Mungkin tindakan membuang Ronnie tidak memberi kesan secara total, akan tetapi, apa reaksi PAS Selangor jika Dr. Hasan Ali disingkirkan? Beberapa Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Gombak sebentar tadi telah mengesahkan kepada Melayu CinDia bahawa mereka sedang 'mengasah parang' bagi 'menikam' Kerajaan Negeri Selangor jika Khalid Gagap memecat Dr. Hasan Ali.

GAPS BOGELKAN PAKATAN SELANGOR, ESOK !

Hamidzun Khairudin - Pengerusi GAPS
Kenyataan media

Salahguna  wang rakyat adalah pelengkap SKANDAL KONGRES PKR 2010