"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Monday, January 16, 2012

Anwar ohh Anwar!

Kini sudah 16 Januari 2012, tetapi #901 masih lagi terngiang-ngiang di saat Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari pertuduhan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari. Apa-apapun kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati kputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah. Jikalaulah si Saiful itu benar-benar menjadi mangsa liwat Anwar, hanya doa dan kekuatan hati yang dapat menemaninya dan berharap agar Allah SWT yang akan membalasnya kelak di dalam mahkamah akhirat.

Walaubagaimanapun, masih ada lagi mahkamay rayuan di negara kita ini. Seperti biasa, Peguam Bela Karpal Singh mengesa Peguam Negara agar tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Karpal yang juga Ketua Peguam Bela Anwar berkata perbicaraan itu sudah memakan masa yang cukup lama dan patut dihentikan untuk kebaikan semua.
“Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya seperti dilaporkan Bernama

Saiful melalui kenyataan media bapanya, Azlan Mohd Lazim baru-baru ini memohon kepada Peguam Negara agar merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan demi untuk mendapat keadilan anaknya.
Karpal tidak bersetuju dengan permohonan rayuan Saiful itu dan menggesa agar pihak Peguam Negara tidak meneruskan rayuan demi maruah Anwar.
Paling penting keADILan harus ditegakkan dan yang hak tetap mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan. Apa hendak ditakutkan jikalau Saiful mengemukakan rayuan sekalipun, Pepatah ada menyebut "Berani Kerana Benar"..Didoakan semoga kedua-dua belah pihak mendapat Keadilan bagi kes ini.Apa yang mampu hanya berserah kepada yang lebih mengetahui, Allah yang satu.