"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Wednesday, December 14, 2011

Anwar Gagal Gugat Bukti Pendakwa

Liwat memang berlaku...Karpal dah ngaku, amende lagi nak jawab???
Keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan, Mahkamah Tinggi diberitahu Selasa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.