Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid  Ibrahim hari ini telah mengesahkan ada perbincangan diadakan mengenai  rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor melibatkan beberapa jawatan. Ini  merupakan salah satu strategi membersihkan Exco yang dilihat memberi  liabiliti kepada kekuatan gabungan DAP, PKR dan PAS. Antara nama yang  disebut2 akan disingkirkan dari jawatan Exco termasuklah Pesuruhjaya PAS  Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Bekas Pengerusi DAP Selangor, Ronnie  Liu. Mungkin tindakan membuang Ronnie tidak memberi kesan secara total,  akan tetapi, apa reaksi PAS Selangor jika Dr. Hasan Ali disingkirkan?  Beberapa Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Gombak sebentar tadi telah  mengesahkan kepada Melayu CinDia bahawa mereka sedang 'mengasah parang'  bagi 'menikam' Kerajaan Negeri Selangor jika Khalid Gagap memecat Dr.  Hasan Ali.
Mereka  mendakwa, jika benarlah Hasan Ali tersingkir, ianya membuktikan bahawa  sememangnya membuktikan kepada semua bahawa Kerajaan Negeri melakukan  penyelewengan dalam semua aspek. Strategi menikam seorang Pemimpin PAS  yang telah berjuang merampas Kerajaan Selangor adalah 1 liabiliti buat  Pakatan Selangor. Mereka  juga tidak teragak2 untuk mengadakan pertemuan bersama beberapa  Pimpinan PAS Selangor agar mengisytihar keluar dari Kerajaan Gabungan  Pakatan jika Hasan Ali dilanyak dan dibuang dari senarai Exco.
Mereka  juga tidak teragak2 untuk mengadakan pertemuan bersama beberapa  Pimpinan PAS Selangor agar mengisytihar keluar dari Kerajaan Gabungan  Pakatan jika Hasan Ali dilanyak dan dibuang dari senarai Exco.PKR dan DAP mesti menerima hakikat bahawa PAS Selangor merupakan tulang belakang kemenangan kesemua ADUN2 Pakatan di Selangor kerana telah menyumbang tenaga yang begitu banyak bagi mendapatkan sokongan bukan sahaja terhadap Pengundi Melayu, malah juga Bukan Melayu.
 Semasa  kempen PRU12, Hasan Ali telah berjaya mengatur strategi bijak dan  menyalurkan jentera terbesar bagi membantu PKR dan DAP secara tidak  langsung. Malah, Kelab Penyokong PAS yang melibatkan ahli PAS bukan  Islam juga telah bermula di Negeri ini.
Semasa  kempen PRU12, Hasan Ali telah berjaya mengatur strategi bijak dan  menyalurkan jentera terbesar bagi membantu PKR dan DAP secara tidak  langsung. Malah, Kelab Penyokong PAS yang melibatkan ahli PAS bukan  Islam juga telah bermula di Negeri ini.Strategi menyingkir Hasan Ali dari jawatan Exco kedengaran sebelum ini Kerajaan Negeri melihat kenyataan2 beliau hampir kesemuanya bercanggah dengan pendirian Pakatan dan lebih memberi kelebihan kepada UMNO dan BN. Malah baru2 ini, Hasan Ali secara terbuka membuat Kenyataan Media bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerjasama dengan SUK Selangor yang baru dilantik iaitu Datuk Khusrin.
Hasan Ali juga dilihat membela Datuk Khusrin dengan mendakwa bekas Pengarah JAIS kini kian terancam dengan pelbagai ancaman dan kawalan ketat seolah2 beliau merupakan Agen CIA dan melakukan jenayah Politik. Ini tidak seharusnya berlaku kerana perlantikan Datuk Khusrin telah diperkenan Sultan Selangor.
Dari Blog Sahabat : GELOMBANG RAKYAT

 
No comments:
Post a Comment