Kecoh dalam sehari dua ni yang PAS nak laksana hudud. Pada aku, ini semua adalah permainan politik pembangkang yang langsung tak masuk akal. Selama memerintah 20 tahun lebih di Kelantan, pernahkah hudud dilaksanakan?
Sejak menang besar pada PRU12, apa kata2 pimpinan PAS mengenai hudud dan negara Islam? Pimpinan PAS dengan segera menafikan perancangan mereka untuk melaksanakan negara Islam apabila diterjah oleh sekutu mereka, DAP. Karpal sendiri secara terang-terangan menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan negara Islam ala PAS. PKR pula dilihat lebih menyokong DAP. Apa yang jadi persoalan disini, isu hudud dan negara Islam dimainkan bila negara hampir menhadapi PRU13.
PAS dilihat memainkan peranan untuk menarik kembali sokongan pengundi Melayu/Islam bila mereka dilihat semakin tidak popular selepas isu serbuan jabatan agama Islam keatas sebuah gereja baru-baru ini, dimana kepimpinan PAS seolah-olah mempersalahkan jabatan agama tersebut. Bahkan mereka sanggup memperjudikan nasib dan perjuangan politik mereka selama ini demi menjaga hati ketua mereka iaitu DAP.
Tidak cukup sekadar itu, PAS juga dilihat sanggup membelakangkan sejarah bangsa Malaysia dengan menyokong perjuangan Mat Indera (Komunis) serta menidakkan perjuangan orang-orang Melayu, khususnya perjuangan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman, suatu ketika dulu.
Oleh yang demikian, PAS melalui mursyidul am-nya telah menaikkan kembali isu Hudud dan Negara Islam dan sanggup 'berlawan' dengan ketua mereka iaitu DAP demi memenangi semula hati pengundi-pengundi Melayu. Aku melihat, DAP sebenarnya menjadi pemain disebalik tabir dalam isu Hudud dan negara Islam.
Isu Hudud turut mengheret MCA dan UMNO sekali. Pesanan aku, MCA tidak perlu takut akan pendirian UMNO. UMNO mengamalkan pemerintahan yang adil dan saksama keatas semua kaum. Ini terbukti setelah 54 tahun kita merdeka, tidak sesekali UMNO membelakangkan kepentingan semua kaum; Melayu, Cina, dan India dalam perjuangan.
No comments:
Post a Comment