"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Saturday, October 1, 2011

Najib dan Namewee...

Nama Namewee heboh lagi. Sebelum ini pasal kes lagu Negarakuku. Lepas rakyat Malaysia lupakan seketika kes Negarakuku, Namewee kembali dengan Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan menyokong sepenuhnya Gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Najib Razak. Rentetan dari Nasi Lemak 2.0, muncul pula video klip Namewee memaki hamun Utusan Malaysia.

Pada aku, secara jujurnya Namewee ada bakat. Tapi bakat berkarya disalah gunakan untuk mengguris hati setiap rakyat Malaysia. Namewee juga menyatakan dia tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik dan sepenuhnya menyokong gagasan 1Malaysia. Cuma persoalan aku disini, apa perlu 2.0 dgn tema warna kuning? Tak kisah fahaman berbeza tapi apa yang penting, jangan hipokrit.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, apakah Najib fikirkan perasaan setiap rakyat Malaysia bila terang-terangan menyokong Namewee? Apakah perasaan kami penyokong dan pembela UMNO/BN yang bergerak secara sukarela tanpa sebarang bayaran? Najib sebagai seorang Perdana Menteri sepatutnya lebih bijak berfikir.

No comments:

Post a Comment