"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Thursday, October 13, 2011

Belanjawan 2012- "Antara Bayangan dan Realiti"

Belanjawan 2012 kali ini banyak mendapat respon dari semua genap lapisan masyarat. Ada yang menyokong dan sebaliknya. Apa-apapun ada yang baik yang harus kita semua beri ‘credit’ kepada YAB Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malayisa. Antara intipati-intipati belanjawan yang boleh kita beri perhatian dan bersyukur adalah seperti berikut:

Ø  Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
Ø  Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
Ø  Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
Ø  Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
Ø  Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
Ø  Bantuan tunai RM 500 kepada semua isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 dan kebawah. (Walaupun ia bersifat 'one off' atau sekali sahaja tetapi kesannya cukup-cukup besar kepada golongan ini sama ada di bandar atau luar bandar).
Ø  Bantuan persekolahan RM100 tunai kepada semua pelajar dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5. ( uniknya bantuan ini adalah ia diberi mengikut bilangan murid dan bukannya keluarga. ini bermakna jika ada 5 orang anak yang sedang bersekolah, RM 500 lah yang akan diperolehi oleh keluarga tersebut dan ia bersifat pilihan).
Ø  Kenaikan pencen secara automatik 2% setahun. Ini secara tidak langsung menyebabkan kadar pencen seseorang itu tidak bersifat rigid dan ia relatif konsisten dengan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat.
Ø  Caruman bahagian Majikan di KWSP dinaikkan kepada 13% bagi mereka yang berpendapatan RM 5,000.00 dan kebawah. Indikasi jelas kepada semua majikan swasta agar terus menjaga kebajikan pekerja bawahan mereka.
Ø  Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
Ø  Pertukaran gaji kepada sistemsatu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadarRM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pad akadar 7-13 peratus.
Ø  Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
Ø  Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
Ø  Yuran sekolah rendah & menengah dimansuhkan.
Ø  Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swastaakan mendapat potongan cukai.
Ø  Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui danabernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
Ø  Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
Ø  Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
Ø  Naik pencen 2 peratus setahun.
Ø  Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
Ø  Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
Ø  Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
Ø  Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaansebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
Ø  Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
Ø  Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
Ø  Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
Ø  Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan
Selamilah  ‘belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia’ yang menekankan kepada pendekatan inklusif tetapi sederhana. Bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. 
 
Kerajaan akan bekerja keras memastikan masalah rakyat mengenai kos kehidupan tinggi yang dihadapi mereka sekarang dapat diuruskan dalam keadaan global yang mencabar pada masa kini. Pedulikan cakap-cakap sinis yang mengatakan ia adalah 'gula-gula', 'coklat' dan sebagainya menjelang pilihanraya yang akan datang.

No comments:

Post a Comment