Komunis! Chin Peng!
Ayat-ayat itu sahaja dah cukup mengguris hati orang-orang melayu yang mendengarnya. Masakan tidak, pelbagai masalah telah dilakukan oleh mereka. Membunuh, membakar, menyeksa dan sebagainya. Ketika Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya mula menunjukkan belang mereka. Membunuh orang adalah perkara biasa. Rasanya, kekejaman pihak komunis masih segar dalam fikiran kebanyakkan rakyat Malaysia.
Akan tetapi, baru-baru ini kita digemparkan dengan kenyataan Mat Sabu yang terang-terang mengagungkan Mat Indera; orang melayu yang bersama komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Bukan setakat menyerang, mereka membunuh anggota & keluarga anggota polis di Bukit Kepong.
Mat Sabu dalam ceramahnya turut menghina Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman dengan mengatakan mereka adalah pegawai British. Sedih bila ada melayu bangsat sebegini yang mengagungkan Komunisme. Mungkin Mat Sabu tak pernah faham dan rasai kekejaman komunis. Aku sendiri secara peribadi tak pernah rasai kekejaman komunis tetapi aku memahami apa itu kekejaman komunis.
Mat Sabu rasanya perlu belajar asas kehidupan dahulu iaitu berterima kasih. Dia sepatutnya berterima kasih dengan Dato' Onn dan Tunku serta semua pejuang-pejuang yang bersusah payah, berkorban untuk memberikan kita kesenangan pada hari ini. Hasil daripada pengorbanan mereka, kita telah memperoleh kemerdekaan dan kesenangan pada hari ini dan telah membuatkan Mat Sabu begitu bongkak dan biadap menyokong Komunisme.
Aku nak cadangkan kepada pihak berkuasa agar memberkas Mat Sabu di bawah ISA kerana fahaman komunisme yang dibawanya akan mengundang bencana lebih besar kepada Malaysia. Petualang negara seperti Mat Sabu tidak sepatutnya dibiarkan bebas berkeliaran kerana petualang ini lebih merbahaya daripada haiwan buas.
No comments:
Post a Comment