Calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan menyerahkan borang pencalonannya pada kira-kira pukul 9.25 pagi ini.
CALON pilihan  raya kecil Parlimen Hulu Selangor, (dari  kiri) P  Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (Bebas), Datuk Zaid Ibrahim  (PKR) dan  V S Chandran (Bebas) selepas menyerahkan borang pencalonan di  Dewan  Serbaguna Pusat dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selanmgor, di  Kuala Kubu  Bahru pagi ini.
Dua calon Bebas yang turut menyerahkan borang pencalonan mereka ialah bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, S. Chandran dan peniaga Johan Mohd Diah.
CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan (depan,  tiga dari kiri),  yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan  pemimpin serta penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon di  Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, pagi ini.
Lebih 1,000 anggota polis berkawal untuk menjaga keselamatan, termasuk menggunakan helikopter.
Penamaan calon yang dibuka pukul 9 pagi berakhir sejam kemudian dan waktu bantahan ditetapkan dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi.
Setakat ini, proses penamaan calon berjalan lancar. - Utusan


 
No comments:
Post a Comment