Wakil parti  perlu  dapat sokongan,   mampu rampas kerusi 
KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Hulu Selangor menyokong penuh keputusan  Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak bahawa calon MIC  akan bertanding mewakili BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu  Selangor, 25 April ini.
Ketuanya, Datuk Mohd Idris Abu Bakar, bagaimanapun berkata, pihaknya  amat berharap calon yang bakal diletakkan mewakili MIC itu benar-benar  mendapat sokongan rakyat bagi memastikan BN merampas kembali kerusi  Parlimen Hulu Selangor.
“Kita (Umno Hulu Selangor) dari dulu menyokong sesiapa saja calon yang  diletakkan mewakili BN tetapi akan wujud sedikit masalah sekiranya  calon itu tidak digemari oleh pengundi. 
“Kami amat berharap, calon yang dipilih adalah individu yang  popular di kalangan pengundi Parlimen Hulu Selangor. Kami sudah bersiap  sedia untuk turun padang dan bekerjasama sama dengan semua parti  komponen BN yang lain,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 
Perdana Menteri pada Konvensyen BN Selangor di  Shah Alam, semalam  mengumumkan calon daripada MIC akan diletakkan untuk bertanding dalam  pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. 
Najib berkata, ini selaras dengan semangat setia kawan dalam BN  memandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.     
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata  beliau yakin pengundi Cina akan berpihak kepada BN pada pilihan raya  kecil itu memandangkan pakatan pembangkang gagal memberi khidmat yang  baik kepada rakyat setempat selepas dua tahun memerintah. 
“MCA menyokong penuh calon yang akan mewakili BN. Masyarakat sedar  pembangkang tidak membawa sebarang perubahan khususnya di Selangor dan  kami berharap pengundi kali ini akan memberi peluang kepada BN untuk  berkhidmat. 
‘Setiausaha Agung MCA merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan  Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya  kecil mewakili parti memandangkan sebahagian besar pengundi Cina adalah  daripada 13 kampung baru di kawasan berkenaan,” katanya. 
Setiausaha Agung MIC, S Murugesan pula berkata, pihaknya amat  gembira dengan pengumuman Perdana Menteri dan berjanji bekerja keras  bagi memastikan kejayaan memihak kepada BN. 
“Apa yang penting calon itu adalah calon BN... kita akan bekerja  dalam satu pasukan bukan saja untuk membantu rakyat tetapi lebih penting  lagi untuk memastikan BN kembali memenangi Parlimen Hulu Selangor,”  katanya. - Berita Harian
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)
 
No comments:
Post a Comment