HULU SELANGOR 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin mengulangi ketegasannya dengan melabelkan Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara.
Beliau berkata, label itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri  dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi  impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan  sebuah kerajaan yang sah.
Katanya, selain sanggup memburukkan institusi-institusi yang telah  wujud sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Anwar juga  menjelajah dari benua ke benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa  rasa segan dan silu.
“Dia kata nak saman saya kerana label dia sebagai pengkhianat, saya  tunggu juga tapi sampai sekarang pun tak dapat-dapat (saman).
“Saya tak takut dan sekali lagi saya mengulangi Anwar adalah seorang  pengkhianat negara,” katanya semasa berceramah di Hulu Yam Bharu di sini  malam ini.
Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,  Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin; Presiden Parti Progresif Penduduk  (PPP), Datuk M. Kayveas; calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan  dan bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat.
Pada majlis itu juga, Dr. Halili turut menyerahkan borang keahlian  UMNO kepada Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri  mengajak rakyat supaya  menilai kenapa semakin  ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)   terutamanya di kalangan pengasas parti itu dan  rakan karib Anwar keluar  daripada parti tersebut.
Katanya, kebanyakan daripada bekas pemimpin PKR telah dan mengakui  bahawa mereka  sebenarnya hanya dipergunakan bagi mencapai  cita-cita  politik Anwar untuk menjadi Perdana  Menteri.
Muhyiddin turut membidas Anwar kerana  bijak mengambil peluang dengan  mengheret  rakyat ke dalam masalah peribadi yang dihadapi  apabila  bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat oleh  beliau.
Kata Muhyiddin pada mulanya, Anwar mendakwa dia dizalimi dan membuat  satu dakwaan  baru bahawa rakyat turut menjadi mangsa kezaliman  kerajaan.
“Apakah benar kita menzalimi rakyat? Kalau  betul kerajaan yang ada  sekarang zalim pada  rakyat tidak mungkin sejak 52 tahun yang lalu  BN  tetap dipilih oleh rakyat,” jelasnya.
Sementara itu, Dr. Halili dalam nada sebak  menceritakan bagaimana  bapanya tidak mengetahui tindakannya untuk keluar parti.
Kata beliau, bapanya, Rahmat Buyong, 87,  hanya mengetahui tindakan  itu melalui media  dan menghubunginya.
‘‘Kebiasaannya saya yang menghubungi dia  tetapi kali ini dia  telefon saya dan memuji  tindakan kembali kepada UMNO selepas 10  tahun  berada dalam PKR,” katanya.
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment