KETUA Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman (kiri) dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir menunjukkan tanda bagus selepas mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sungai Selisek, Hulu Selangor, 20 April.
Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir turut mengumumkan menyertai Umno pada sidang media di di Rumah Wanita UMNO Perak, di Kampung Masjid Sungai Selisik di sini hari ini.
Mereka berkata, tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas hati dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.
Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir. - mstar online
Bro, rakyat sudah membuka mata, rakyat sudah sedar bahwa perjuangan PKR hanya untuk kepentingan peribadi Anwar dan kroni-kroni sahaja.....
ReplyDelete