SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) disaran supaya memaksimumkan penggunaan  media baru seperti laman blog dan laman web bagi mendekati pengundi  ketika pilihan raya termasuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu  Selangor pada 25 April nanti. 
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti  Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Dr Ramlah Adam, berkata ia penting  diberi perhatian kerana laman web dan blog adalah sumber rujukan utama  masa kini yang diguna pakai oleh semua pihak terutama golongan muda  dalam mendapatkan pelbagai maklumat termasuk politik.
"Orang sekarang terutamanya orang muda memang hanya bergantung pada  media baru, mereka hendak tahu apa-apapun pasti melalui blog, tidak ada  lagi rujukan pada buku malah mereka juga kurang gemar dengan surat khabar.
"Oleh itu pemimpin BN perlu sedar senario ini dan mengambil pendekatan  dengan menyalurkan maklumat menggunakan saluran seperti ini," katanya  di sini, hari ini. 
Selain penggunaan media baru, Dr Ramlah berkata, BN juga perlu  mengutamakan latar pendidikan calon mereka sebelum dilantik untuk  bertanding kerana pengundi muda yang kebanyakannya berpelajaran tinggi,  lebih melihat calon mereka berdasarkan aspek tersebut. 
Kepentingan media baru turut disuarakan oleh Pengarah Institut  Penyelidikan Perakaunan UiTM, Dr Normah Omar dengan berkata, banyak  maklumat yang tersebar melalu laman pencarian yang disediakan oleh  Google misalnya, yang boleh dimanfaat oleh BN. 
"Tetapi apabila saya Google tentang perkataan ekonomi Selangor,  kenapa maklumat dari Pakatan Rakyat yang keluar. Ia disebabkan hampir  setiap Adun Pakatan Rakyat mempunyai blog dan laman web mereka.      
"Saya tengok dalam BN, hanya seorang atau dua orang saja yang  mempunyainya. Kehadiran mereka tidak terasa, kalau perkara ini  berterusan anda (BN) akan ketinggalan daripada sosial media," katanya. 
Beliau berkata, oleh itu BN mesti menggunakan peluang dengan  memasukkan seberapa banyak maklumat mereka dalam media baru. 
Normah berkata, BN tidak boleh bergantung kepada media tradisional  semata-mata seperti akhbar untuk menyebarkan maklumat terutama kepada  generasi muda. 
"Anak perempuan saya misalnya tidak lagi menonton TV, dia lebih  gemar menonton Youtube. Jadi BN juga kena pandai gunakannya media baru  ini untuk tarik sokongan." katanya. - Berita Harian
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment