HULU SELANGOR, 14 April (Bernama) -- Walaupun calon Barisan Nasional  (BN) hanya akan diketahui esok, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk  Seri Noh Omar percaya faktor anak tempatan akan memberikan kelebihan  kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata ini  kerana calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, adalah orang luar walaupun bekas  Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bermaustatin lebih 30 tahun di  negeri ini.
"Saya percaya pengundi boleh nilai calon dipilih PKR itu," kata Noh  ketika mengulas mengenai pemilihan Zaid sebagai calon PKR selepas beliau  meninjau kerja-kerja membaikpulih bumbung pangsapuri kos rendah Seri  Rose 2 di Bukit Sentosa di sini pada Rabu.
Zaid yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu dan pernah menjadi  Anggota Parlimen Kota Bharu, Kelantan, diumum sebagai calon PKR pada  pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Noh berkata pemilihan Zaid itu menggambarkan parti lawan BN itu masih  menganggap sentimen pengundi sama seperti pilihan raya umum Mac 2008  sedangkan rakyat mula membuka mata dengan janji-janji manis yang gagal  ditunaikan pakatan PAS-DAP-PKR di negeri ini.
Beliau juga menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang ditolak daripada  Umno.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata  calon BN adalah anak tempatan seperti yang dimahukan rakyat di Hulu  Selangor yang terpaksa memilih wakil rakyat baru ekoran kematian  penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac  lepas akibat barah otak.  -- BERNAMA
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Wednesday, April 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)
 
berjayalah hendaknya BN du Hulu Selangor...amin. Demi Malaysia yg 1 dan Malaysia yg maju,makmur dan bersatu padu.
ReplyDelete