"Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama, disini Selasa.
Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata, polis akan membuka kertas siasatan sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Adalah penting untuk kita mendapat segala maklumat terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dibuka, kalau tidak macam mana kami nak siasat," katanya.
Anwar semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat, di sini hari ini mendakwa antara lain pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM. -- BERNAMA
Komen : Anwar ni, kalau pasal 'bedal', 'gertak', 'kelentong' dan 'tembak' isu, memang no. 1. Namun semua perbuatannya tidak pernah dapat dibuktikan.
Macam dalam kes RPK, Anwar minta RPK 'bedal' tapi bila minta hadir di mahkamah utk membuktikan dakwaany, RPK terus lari sehingga kini masih belum dapat dikesan...lempar batu sembunyi tangan, itulah Anwar dan rakan-rakannya.
Biasanya, taktik ini digunaka Anwar untuk mengalihkan dari isu besar yang dihadapinya iaitu kes liwatnya.
Video di bawah mungkin dapat menerangkan taktik yang saya maksudkan.
Video di bawah mungkin dapat menerangkan taktik yang saya maksudkan.
No comments:
Post a Comment