PARIS, 6 April (Bernama) --  Barisan Nassional akan mengambil pendekatan  baru dalam menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu  Selangor 25 April ini dengan semua komponen partinya bergerak sebagai  satu pasukan supaya mereka tidak terasing, kata Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya selaras gagasan 1Malaysia, BN harus berdiri atas satu platform  yang sama serta bercakap dengan nada yang sama.
"MCA dengan Cinanya, Umno dengan Melayunya dan MIC dengan Indianya  kadang-kadang menimbulkan anggapan, walaupun BN itu BN, tetapi  seolah-olah parti komponen BN menjurus kepada melayan kehendak kaum  masing-masing sahaja.
"Jadi untuk memperbaiki lagi kedudukan kita, BN akan amalkan format  sebegini di mana-mana majlis ceramah dan pertemuan masyarakat," katanya  kepada wartawan Malaysia yang berada di sini untuk membuat liputan  mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan  Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) yang bermula hari ini di ibu  pejabat Unesco di sini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, mewakili Malaysia ke mesyuarat  itu.
Beliau berkata peringatan telah diberi sepanjang  masa kepada kepimpinan  parti-parti komponen untuk memelihara perpaduan serta kerjasama antara  mereka supaya tidak menjejaskan kedudukan BN.
Muhyiddin berkata anggota parti komponen BN harus membantu calon yang  bakal diumum oleh pucuk pimpinan pada 15 April nanti serta menerimanya  dengan baik.
"Prinsip biasa yang kita gunakan ialah untuk menerima calon bila pucuk  pimpinan telah membuat keputusan. Calon penting tetapi parti pun  penting, jadi kita hendak supaya BN diutamakan," katanya.
Beliau berkata anggota parti juga harus bekerja keras dan tidak  mengambil mudah apa memandangkan setiap pilihan raya kecil mempunyai  cabaran yang lebih daripada biasa.
Namun, katanya, isu dan masalah yang dihadapi oleh parti komponen BN  tidak seteruk seperti yang dialami oleh pakatan pembangkang sekarang dan  tidak akan menjadi satu halangan atau gangguan besar.
Muhyiddin berkata beliau telah menjelaskan bahawa  respon masyarakat dan  sambutan yang diterima secara spontan ketika Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak melawat Hulu Selangor baru-baru ini menunujukkan satu  perkembangan yang cukup menggalakkan.
"Ini mungkin pintu atau gerbang kepada senario negara di mana rakyat  sudah lebih selesa dan lebih mahu mendekati pemimpin BN," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata keadaaan sudah banyak berbeza daripada  waktu BN menghadapi suasana politik pada tahun 2008 kerana rakyat  menghormati initiatif yang diambil oleh Perdana Menteri dalam soal  politik dan ekonomi.
"Jadi dalam tempoh dua tahun ini sudah berlaku perubahan yang diharapkan  oleh rakyat yang dibawa oleh BN dan saya percaya pengundi boleh membuat  penilaian apa yang mampu dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan," katanya.   -- BERNAMA 
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Wednesday, April 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment