Pengerusi BN itu berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib  Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat  tangan calon Barisan Nasional, P. Kamalanatahan selepas diumumkan  sebagai pemenang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di pusat  penjumlahan undi.
"Ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil kawasan itu di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu di sini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Utusan
 

 
tp BN belum mendapat semula undi dari kaum cina...kenapa?
ReplyDelete