"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Sunday, April 18, 2010

Ezam akan dedah bukti kaitan Anwar dengan Israel...IKD pun kena cerita juga Ezam

SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor, akan mendedahkan dokumen yang membuktikan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel, di Hulu Selangor, tidak lama lagi.

Mohamad Ezam berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan hubungan antara Anwar dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, yang didakwa juga sebagai perancang perang Israel serta pertukaran kerja teman wanita beliau.

Gambar ni jadi bukti.

"Anwar bercakap mengenai hubungan Kerajaan Pusat dengan Apco Worldwide tetapi ia adalah hubungan profesional yang tidak memberi manfaat kepada Israel tetapi memberi manfaat kepada negara.
Ezam perlu dedahkan juga kaitan IKD dengan Yahudi. Dulu Ezam pernah menjadi Timbalan Pengarah di IKD.

"Bagaimana pula dengan hubungannya dengan Wolfowitz?" katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Ezam berkata, beliau mempunyai satu salinan surat Anwar yang diperolehinya daripada sumber di Bank Dunia, membabitkan permohonan pertukaran teman wanita Wolfowitz ke Yayasan Masa Depan yang dipengerusikan Anwar.

"Satu skandal terbongkar apabila president Bank Dunia itu mencadangkan gaji lumayan kepada teman wanitanya, Shaha Riza dan Anwar menyelamatkan keadaan dengan menawarkan wanita itu satu jawatan dalam yayasan berkenaan yang dipengerusikannya," katanya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment