HULU  SELANGOR, 18 April (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri  Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berharap para peneroka di kawasan Hulu  Selangor tidak terperangkap dan terpedaya dengan dakyah-dakyah  pembangkang mengenai Felda.
Noh berkata para peneroka boleh menilai sendiri kemampuan Kerajaan  Selangor di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS, dan mereka  boleh melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh mereka apabila  menjadi kerajaan.
"Sehingga kini Kerajaan Pakatan Rakyat masih gagal menunaikan janji  mereka seperti bantuan kepada ibu tunggal dan menurunkan cukai pintu  sebanyak 20 peratus untuk rumah kediaman," katanya pada sidang media  selepas melancarkan Program Satu Sekolah Satu Fertikit untuk tanaman  secara hidroponik di Batang Kali di sini.
Pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk calon untuk pilihan raya kecil   Parlimen Hulu Selangor daripada PKR Datuk Mohd Zaid Ibrahim kini masuk  ke kawasan Felda di sini dan berceramah kononnya para peneroka hanya  mendapat faedah dan manfaat yang sedikit daripada yang sepatutnya mereka  perolehi.
Noh berkata sebenarnya pembangkang kini resah dan rasa tidak senang bila  kerajaan berjaya membela nasib satu kumpulan masyarakat seperti para  peneroka Felda.
Atas usaha kerajaan sumber pendapatan Felda yang sebelumnya bergantung   kepada hasil kelapa sawit dan getah telah dapat dipelbagaikan kepada   penternakan haiwan dan akuakultur sejajar dengan hasrat kerajaan  menjadikan kawasan Felda sebagai gedung makanan negara, katanya.
Selain daripada itu ada juga para peneroka Felda yang menanam cili di  bawah perladangan kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan  (FAMA), katanya.
Beliau juga berkata nasib generasi kedua peneroka Felda tidak diabaikan  di mana kerajaan telah melancarkan projek perumahan untuk mereka dan  kerajaan memberi subsidi ke atas kos pembinaannya.  -- BERNAMA
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Sunday, April 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)


 
No comments:
Post a Comment