SHAH ALAM, 7 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib  Tun Razak  berkata  pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu  Selangor pada 25  April ini, merupakan ujian besar kepada Barisan  Nasional (BN) Selangor.
Sehubungan itu, Perdana Menteri  yang juga Pengerusi Badan Perhubungan  Umno Selangor berkata beliau  mahukan semua jentera BN di negeri ini  bertindak secara muafakat dan  bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya  kecil itu.
Semangat  setiakawan dan kerjasama di kalangan parti komponen BN perlu   dikukuhkan sebagaimana Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul   Rahman membina Parti Perikatan pada tahun 1955, katanya semasa   menyampaikan amanat pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor sehari di   sini Rabu.
"Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Perikatan  diperkukuhkan lagi oleh  penggantinya Allahyarham Tun Abdul Razak  Hussein yang menubuhkan BN bagi  menggantikan Perikatan dan Umno tidak  merampas kuasa pada ketika  kekecohan itu kerana percaya dengan struktur  parti seperti BN akan  memberi lebih kejayaan pada Malaysia," kata  beliau.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan  kematian penyandangnya  daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada  25 Mac lepas akibat barah  otak. Penamaan calon ialah pada 17 April.
Beliau  berkata apabila menjadi anggota BN, ini tidak  bermakna  parti-parti  komponen akan sentiasa mendapat apa yang dihajati.
Bagaimanapun,  bagi menawan semula Selangor daripada pembangkang, Najib  berkata BN  perlukan kerjasama semua parti dan tidak ada parti boleh  melakukannya  berseorangan bagi meraih sokongan dan undi daripada kaum  lain termasuk  Orang Asli.
Kekalahan BN Selangor dalam pilihan raya  umum 2008 sudah tentu menjadi  waktu yang amat mencabar, amat menguji  ketahanan dan daya juang untuk  menghadapi pelbagai rintangan dan  cabaran, katanya.
"BN Selangor masih kuat dan  bersemangat untuk meneruskan perjuangan  malah keazaman, iltizam politik  kita bukan sekadar meneruskan perjuangan  tetapi untuk kita memahami,  menginsafi dan menghayati bahawa rakyat  Selangor telah menolak BN pada  pilihan raya umum yang lepas," katanya.
Namun, Najib  berkata penolakan pengundi Selangor terhadap BN diangap  sebagai  sementara sahaja dan sebagai mesej dan peringatan bahawa  sebenarnya  mereka tidak mahu pembangkang tetapi mahu BN berubah.
Beliau  berkata: "Mesej yang berikan pada kita pada  2008, jalan dibuai  dengan  keseronokan, jangan dibuai dengan slogan, faham dengan kuasa  rakyat,  mereka boleh mengubah.
Kalau kita berubah, InsyaAllah,  mereka tak suka pembangkang, hari ni  saya diberitahu (seseorang) saya  bukan nak pembangkang tetapi nak BN  berubah."
Ada  pengundi yang sedar dan tahu bahawa pembangkang itu indah khabar  dari  rupa dan masalah mereka lebih berat daripada apa yang dialami oleh   parti komponen BN di mana ada di kalangan pemimpin-pemimpin kanan mereka   meninggalkan parti kerana tidak sefahaman lagi dengan pucuk pimpinan,   katanya.
Oleh kerana itulah, Najib berkata sentimen,  kesedaran rakyat dan angin  sedang bertiup kencang ke arah BN.
Pada  konvensyen itu, Najib bersama pemimpin BN pusat dan negeri  membacakan  ikrar yang dipanggil Deklarasi Darul Ehsan yang antaranya  ialah berubah  dan melakukan tranformasi untuk menjadi barisan hadapan  dalam  menjuarai isu rakyat.
Mereka juga berikrar antaranya  untuk bersungguh dan ikhlas berkhidmat  demi membela nasib rakyat dan  mengembalikan maruah dan peranan negeri  Selangor sebagai pemangkin  kemakmuran ekonomi negara agar nikmat  kemajuannya dapat dirasa oleh  semua bangsa.
Turut hadir pada konvensyen itu ialah  Timbalan Pengerusi BN Selangor  Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk  Seri S. Samy Vellu, Naib  Presiden MCA dan juga Pengerusi MCA Selangor  Datuk Seri Ir Donald Lim  Siang Chai, Presiden PPP, Datuk M.Kayveas,  Presiden Gerakan Tan Sri Dr  Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN Datuk  Seri Tengku Adnan Tengku  Mansor serta Pengerusi Konvensyen BN Selangor  Datuk Seri Ir Mohd Zin  Mohamed.    -- BERNAMA
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)


 
No comments:
Post a Comment