RAWANG 12 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata, calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan  Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ialah anak tempatan dari  kawasan itu.
Katanya, kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki  rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan  berkelulusan tinggi.
"Kita sedang mendengar dan mengumpul pandangan daripada semua pihak.  Sudah ada input tentang apa yang dikehendaki pengundi di sini dan kita  akan ambil kira apa yang rakyat mahukan.
"Macam kita ambil kira pandangan di Pilihan Raya Kecil Dewan UNdangan  Negeri Bagan Pinang dulu. Semua pihak sudah menyatakan pandangan mereka  dengan lantang dan kita ambil yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan  geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang di Bandar  Sungai Buaya di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, calon yang akan dipilih nanti adalah seorang yang  diyakini akan dapat bekerjasama dengan pemimpin bawahan dan bersifat  amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.
Katanya, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk  Seri Noh Omar telah mendapatkan segala maklum balas berhubung kehendak  pengundi di Parlimen Hulu Selangor.
"Pada akhirnya keputusan siapa calon BN di sini akan diumumkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Sementara itu Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditemui  pada majlis tersebut enggan mengulas mengenai calon BN daripada parti  itu yang akan bertanding nanti.
Katanya, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan  soal pemilihan calon yang bertanding di kawasan itu nanti. - Utusan
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Tuesday, April 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment