Ini merupakan satu berita yang pasti  menggemparkan!
Dari  satu sumber di Mesir yang dipanjangkan kepada beberapa pihak di  Malaysia, sumber itu mengatakan Ketua Ulama Sedunia, Dr. Yusof  Al-Qaradhawi amat tersinggung dengan perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengaitkan namanya sebagai ulama yang mengesahkan pemimpin itu tidak  terlibat dalam perbuatan meliwat.
Menurutnya, ulama tersebut  tidak pernah mengesahkan bahawa Anwar difitnah oleh Saiful Bukhari  Azlan. Malah beliau sendiri tidak tahu siapa yang berkata benar, sama  ada Anwar atau Saiful. Beliau hanya menjawab soalan yang ditanya dan  soalan tersebut pula ternyata berniat mengelirukan ulama tersebut, kata  sumber itu lagi.
Ujarnya, Dr. Yusof Al-Qaradhawi  menjawab hanya  berdasarkan soalan yang diberi iaitu:
''Bolehkah tolong jelaskan  pertuduhan Anwar Ibrahim tanpa bukti dan saksi? Apakah pandangan  syarak?''
Maka ulama tersebut menjawablah berdasarkan soalan yang  ditanya. Sama seperti kita menjawab soalan Pengetahuan Agama Islam  dalam peperiksaan SPM. Bentuk soalan diberi maka jawapannya mestilah  berasaskan senario yang ada.
Bagaimana pula jawapan ulama  tersebut jika soalannya berbunyi begini?
''Bolehkah tolong  jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim berdasarkan bukti dan saksi yang ada.  Apa pandangan syarak perbuatan meliwat?''
Saksi di sini ialah  merujuk kepada manusia yang terlibat dalam kejadian itu, spesimen yang  dijumpai dalam jubur Saiful (air mani tertuduh), peralatan yang terlibat  dan sebagainya.
Saya pasti, Dr. Yusof Al-Qaradawi akan menjawab  secara panjang lebar mengenai perbuatan terkutuk tersebut. Saya ada  terbaca mengenai tulisan seseorang dalam sebuah blog yang mengatakan  ulama tersebut bersetuju jika peliwat dihukum bunuh dengan cara  mencampaknya dari bangunan tinggi.
Sama ada hukuman sebegini  menurut hukum Islam atau tidak kawan tidak tahu. Yang kita tahu,  hukuman untuk peliwat dan perogol adalah amat berat terutama jika sudah  beristeri.
Maka, bolehkah kita percaya ulama ini menyokong Anwar  seperti yang dijaja di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu,  andainya soalan yang ditanya  oleh wartawan tersebut adalah bersifat  umum. Ini adalah fitnah terhadap ulama tersebut.
Malah  ulasan yang diberikan beliau hanyalah berkenaan isu zina dan pertuduhan  melakukan zina bukannya liwat.
Di samping itu, di dalam CD yang  diedarkan oleh PKR di Hulu Selangor juga jelas memaparkan yang ulama  tersebut ada menyebut bahawa tuduhan zina tanpa bukti dan perlunya  membawa 4 orang saksi bukannya merujuk langsung kepada kes liwat yang  dihadapi Anwar.
Di dalam CD tersebut terdapat  banyak kelemahan tentang dakwaan ulama tersebut menyokong Anwar.
Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak begitu mengenali sifat dan  perangai Anwar. Beliau tentunya tidak tahu bahawa Anwar ini adalah  seorang penipu, punyai sejarah meliwat orang dan mengamalkan rasuah.
Beliau  juga tidak tahu bahawa Anwar ini pernah menari dengan perempuan,  menganiaya orang dan mempunyai hubungan baik dengan pelampau Yahudi.Bak  kata lain, Anwar adalah bekas banduan yang amat licik.
Jadi, beliau sebenarnya tertipu dengan permainan licik  Anwar. Lebih pelik bagaimana beliau boleh percaya yang Anwar ini adalah  seorang pendakwah dan orang baik. Adakah beliau bermaksud yang Saiful  yang menjadi mangsa liwat Anwar adalah seorang insan yang jahat, penipu  dan penentang ulama.
Dan sumber yang  mendedahkan kisah ini menyebut bahawa Dr. Yusof Qaradhawi sebenarnya  tertipu dengan mainan licik Anwar yang menggunakan anak lelaki beliau.
Anak  Dr. Yusof Al-Qaradhawilah yang menjadi perantaraan sehingga terbitnya  CD tersebut.
Maka, sekiranya pandangan ulama tersebut lahir  daripada kelemahannya membaca tipu daya orang lain, bolehkah ia dianggap  fatwa dan mesti diikuti oleh semua ulama dan badan agama Islam di  seluruh dunia.
Ia tidak boleh dianggap fatwa tetapi  sekadar pandangan peribadi beliau. Sebab itulah tiada ulama mahupun  Majlis Fatwa Kebangsaan atau Negeri yang mengambil kira pandangan  tersebut.
Itu belum diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am  PAS, Datuk Dr. Harun Din yang sampai sekarang tidak pernah mengeluarkan  kenyataan yang Anwar difitnah. Khabarnya, beliau pernah berjumpa sendiri  dengan Saiful dan bertanya sama ada benar dia pernah diliwat oleh bekas  Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Nampaknya, sampai sekarang  Dr. Harun membisu.
Ini kerana Anwar diheret ke mahkamah kerana  ada bukti dan ia bukan tuduhan jenayah berbentuk rekaan. Kalau inipun  rakyat Hulu Selangor boleh tertipu, tak tahulah apa nak jadi. Maka  bertambahlah koleksi kehebatan menipu Anwar.
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)


 
No comments:
Post a Comment