HANOI 9 April - Barisan Nasional (BN) akan terus  bekerja keras bagi merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor pada  pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini walaupun pembangkang  mengakui sukar untuk mengekalkan kerusi tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak faktor  yang perlu diambil kira apabila berhadapan dengan pilihan raya kecil  sama ada ada faktor nasional atau tempatan.
Menurut beliau, biasanya pada pilihan raya kecil, isu-isu setempat  memainkan peranan besar berbanding dengan pilihan raya umum yang banyak  melibatkan isu-isu nasional.
"Bukan sahaja sokongan pada kepimpinan nasional tetapi kesesuaian  calon turut menjadi faktor besar. Biasanya kombinasi kedua-dua faktor  sangat penting untuk tentukan kemenangan calon dalam mana-mana pilihan  raya kecil," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak  ASEAN Ke-16 di sini, hari ini.
Mengenai kenyataan beberapa pemimpin pembangkang bahawa mereka sukar  mengekalkan kerusi tersebut kerana prestasi baik Perdana Menteri sejak  menerajui negara, Najib berkata, ia merupakan satu pengakuan daripada  pembangkang.
"Selama ini hanya para penyokong kita sahaja yang mengakui perkara  ini. Tapi saya seorang yang realis. Kita tidak akan duduk diam  sebaliknya terus berusaha keras," tegasnya.
Pungutan pendapat yang dijalankan oleh Merdeka Centre mengenai  persepsi orang ramai terhadap Najib sebagai Perdana Menteri mendapati  kira-kira 68 peratus responden mengatakan mereka berpuas hati dengan  prestasi beliau.
Mengenai laporan agensi penarafan JP Morgan yang meramalkan  pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat kepada 7.7 peratus berbanding  6.8 peratus sebelum ini, Perdana Menteri berkata, ia mungkin berdasarkan  kepada petunjuk yang telah menjadi kenyataan dalam tiga bulan pertama  tahun ini.
"Kadar pengeluaran industri, eksport serta penggunaan tenaga pada  bulan Mac naik 21 peratus. Ini membuktikan jangkaan pemulihan ekonomi  yang kukuh boleh menjadi kenyataan.
Kerana itu JP Morgan meminda unjuran mereka, "kata beliau.
Bagaimanapun kata Najib, kerajaan masih mengambil sikap berhemat dan  konservatif dalam membuat unjuran iaitu antara 4.5 peratus hingga 5.5  peratus dan mengambil langkah dan dasar yang sesuai untuk mencapai kadar  kadar pertumbuhan yang lebih tinggi. - Utusan
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment