"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, April 29, 2011

PAS Masih Belum Terlewat


Sumber: Google Images

Selepas isu video seks yang dihebahkan oleh Datuk T, PAS dilihat nak kaji kerjasama antara DAP dengan Parti Kian Runtuh (PKR). Sepatutnya PAS sudah lama sedar bahawa mereka hanya dijadikan keldai oleh DAP yg dilihat terdesak nak dapatkan sokongan orang-orang Melayu. PKR pula meng'keldai'kan PAS untuk mencapaikan cita-cita Si Aljoburi untuk menjadi Perdana Menteri.

Usaha untuk menyatukan kembali PAS dan UMNO sudah lama diutarakan cuma belum dapat direalisasikan lagi. Selaku orang melayu, aku agak sedih bila melihat PAS rela di'keldai'kan oleh DAP dan PKR.

Aku sangat berharap jika PAS dapat mengkaji kerjasama dengan dua parti bangsat ini. Kepada kepimpinan PAS, buanglah perasaan dendam terhadap UMNO (jika itu sebabnya kerana dikeluarkan dari BN) dan masih belum terlewat untuk kembali ke pangkuan UMNO demi negara, agama Islam dan bangsa melayu. 

Aku percaya orang-orang dalam UMNO dapat menerima PAS kembali dengan hati yang terbuka kerana UMNO sentiasa meletakkan agenda melayu, Islam dan negara sebagai tunjang perjuangannya.

No comments:

Post a Comment