"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Saturday, April 23, 2011

Anwar Buat Lagi Taktik Sakit....SIMPATI!

Ini taktik terakhir untuk dapat simpati selepas Anwar kantoi dengan video seks dan Omega. Janji untuk berdepan dan menjawab wartawan, tinggal janji..Anwar memang takut Kebenaran.
Anwar kelihatan semakin terdesak untuk menangkis semua dakwaan salahlaku moralnya, sama ada didalam kes liwat di mahkamah, ataupun isu video seks dengan pelacur China yang sedang hangat diperkatakan.


Mungkin sebagai senjata terakhir untuk menarik simpati rakyat, Anwar kini diberitakan kembali mendapatkan rawatan akibat dari sakit belakangnya.

Sewaktu dalam tahanan pada tahun 1998 hingga 2004, Anwar menggemparkan negara apabila mengadu sakit tulang belakang kononnya akibat didera sewaktu didalam tahanan. Ini berterusan hinggalah Anwar dikatakan menjalani pembedahan di Alpha Clinic, Jerman selepas dibebaskan dari penjara.

Sejak dari itu, sakit belakang kronik Anwar seolah-olah tak wujud dan Anwar dilihat bebas berjalan kesana kemari dan juga berceramah di merata ceruk negeri. Malah, Anwar juga langsung tak rasa sakit apabila berjoget di Pilihanraya kecil Ijok dan juga sewaktu menyanyi sambil menari ketika satu temuramah di Jakarta.

Tetapi, apabila perbicaraan kes liwatnya berlangsung di Mahkamah, sakit belakang Anwar mula datang kembali menghantuinya. Pada satu ketika, Anwar pernah dilihat terpaksa dipapah oleh pembantunya dan juga Wan Azizah sewaktu keluar dari bangunan Mahkamah.

Sekarang ini ketika Anwar diasak dengan dakwaan melanggan pelacur warga China yang juga merupakan pelajar Kolej Swasta di ibu negara, sakit belakangnya semakin menjadi-jadi. MalaysiaKini telah melaporkan Anwar terpaksa menerima rawatan perubatan di Kuala Lumpur.

Persoalannya, kenapa sakit belakang Anwar hanya timbul apabila salah laku moralnya terdedah kepada umum? Apakah ini menjadi modal Anwar untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu moralnya?

Mungkin juga Anwar mahu rakyat berasa kasihan serta simpati padanya akibat kononnya diperlakukan sedemikan rupa oleh kerajaan. Dengan modal sakit tulang belakang ini, pastinya penyokong-penyokong Anwar akan lebih membenci pihak kerajaan yang akan dilabelkan sebagai zalim dan tak berperikemanusiaan.

Lagi satu, Anwar mungkin sengaja berlakon sakit tulang belakang untuk membuktikan dia tak mampu melakukan perbuatan didalam video bersama pelacur China tersebut. Anwar mahu rakyat beranggapan, orang yang sakit tulang belakang tak mungkin boleh melakukan aksi seks.

Semua ini hanyalah helah Anwar untuk melepaskan diri dari semua tuduhan terhadapnya. Anwar sebenarnya sudah kehabisan idea untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan pendedahan demi pendedahan yang mula timbul berkaitan dengan dirinya. Jadi, inilah jalan terakhir yang digunakan.

Kalau modal sakit belakang ini juga tak laku, mungkin Anwar akan mendakwa dia diancam bunuh pula. Ini semua tak mustahil bagi Anwar kerana sebelum ini dia pernah mendakwa akan dibunuh apabila lari menyorok ke Kedutaan Turki.

Bersedialah untuk seribu macam temberang dari manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Dia kini umpama biawak yang sudah tersepit dan bersedia untuk melakukan apa saja bagi melepaskan dirinya.

Artikel dari: MyKMU

No comments:

Post a Comment