Anwar Ibrahim adalah manusia biasa dan bukan maksum. Kenapa ramai lagi yang mengagungkan ‘anugerah Tuhan’ ini. Dalam ‘perjuangan’ politiknya yang tidak mahu kalah atau sekurang-kurangnya dia tidak mahu kelihatan kalah. Biar kampung tergadai, asalkan menang sorak. Memanipulasikan isu dan membuat fitnah adalah material-material politik yang dibawa bersamanya. Ingatlah Anwar dulupun menentang pembangkang sewaktu di dalam UMNO. Masih ingatkah lagi saudara-saudara sewaktu dia dalam UMNO dulu?.
Itulah politik Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak mahu kalah atau kelihatan kalah. Prinsip yang sama itulah dibawa dalam politik parti pembangkang. Kalau Lim Kit Siang ada Lim Guan Eng dan Betty Chew, maka Anwar Ibrahim ada Datin Seri Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah. Kalau DAP ialah Parti Tiga Beranak, maka PKR juga mesti menjadi Parti Tiga Beranak. Dan tidak lupa juga Azmin? hahaha
Tetapi apa yang penting ialah membina dinasti politiknya. Tetapi dalam masa yang sama, ramai pemimpin kanan PKR meninggalkan parti itu. Ini sebagai bukti bahawa PKR akan ketandusan pemimpin yang berwibawa.
Inilah wajah seorang pemimpin ‘anugerah tuhan’ yang diagung-agungkan oleh segelintir orang Melayu pada masa kini. Anwar, bukan hanya sekadar pandai bermain kata-kata tetapi pandai memutar belit untuk kepentingan peribadi beliau. Cukup-cukuplah tu Anwar, rakyat dah tidak larat hendak dengar sandiwara anda selama ini. Kenapa sekarang baru nak keluar cerita yang tak elok mengenai kerajaan. Apa yang kerajaan buat semua tidak betul.
Apakah tujuan anwar sebenarnya yang memburukkan Negara sendiri di luar Negara, sebuah Negara yang memberikan beliau tempat untuk berteduh, mendapatkan pendidikan serta membesarkan anak-beliau dan tapak beliau untuk menceburi diri dalam bidang politik sehingga menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri. Apakah Anwar ingin melihat kehancuran Negara sendiri semata-mata untuk mencapai cita-cita beliau sebagai Perdana Menteri? Apakah rakyat Malaysia boleh menerima seorang Perdana Menteri melalui hasil campur tangan orang luar seperti apa yang berlaku kepada Iraq, fikirkanlah...
Pernah satu ketika dahulu Anwar pernah berkata akan mendedahkan bukti-bukti penyelewengan kerajaan kepada umum dengan mengatakan yang beliau mempunyai berkotak-kotak dokumen rahsia kerajaan. Namun sehingga ke hari ini bukti-bukti tersebut tidak dikemukakan. Antara lakonan yang tidak dapat diterima adalah lakonan beliau sewaktu beliau mengunjungi pusara arwah bondanya dengan berkerusi roda di mana beliau didapati tidak mampu untuk berjalan tetapi apabila tiba di hospital beliau seperti seorang yang cergas berdiri tanpa bantuan sesiapa. Wallahualam
Justeru itu, saya ingin melontarkan beberapa persoalan kepada anda semua, inikah ciri-ciri seorang bakal Perdana Menteri yang kita harapkan? Adakah kita mahu pemimpin yang terlibat dengan bermacam skandal? Dimanakah kebenaran perjuangan Anwar ibrahim selama ini? Adakah Anwar seorang pejuang bangsa yang boleh dipercayai? Marilah kita renung-renungkan Pemimpin PARTI KIAN RUNTUH ini.
No comments:
Post a Comment