"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Sunday, September 12, 2010

TERKINI! Sosilawati Dibunuh Dan Dibakar Dengan Kejam

Kuala Lumpur 12 Sept, - Jika kelmarin, Polis agak buntu untuk menyelesaikan kes kehilangan Usahawan Kosmetik Datuk Sosilawati, mungkin ianya akan terjawab hari ini.

Dari siasatan, polis telah menahan tujuh orang termasuk seorang Peguam yang bergelar Datuk. Hasil soalsiasat, Polis telah perolehi maklumat bahawa kesemua empat mangsa telahpun dibunuh, dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke laut di Pantai Morib.

Peguam yang bergelar Datuk yang berusia 40an itu merupakan antara suspek utama kerana beliau adalah orang terakhir yang dilapurkan ditemui oleh keempat-empat mangsa.

Nightline di TV3 juga telah menyiarkan penemuan ini dan kenyataan lanjut Polis masih ditunggu bagi mengesahkan berita ini. - FoN Online


Terkini : 

2 comments:

  1. Al Fatihah dan Takziah kpd semua ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan jgnlah sedikitpun kita bimbang kerana mereka yang bersalah pasti akan menerima balasanNya.
    Semoga insiden ini jg menjadi iktibar kpd kita yg masih hidup.
    Semoga Allah mencucuri RahmatNya kepada semua mereka ini dan menempatkan mereka bersama2 mereka yg dikasihi Allah...amin

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah, semoga roh mrk dicucuri rahmat Allah SWT.. Salam takziah buat keluarga mangsa.. Jenayah berat telah mencabar kewibawaan pemimpin kita, segeralah bertindak mengatasinya..

    ReplyDelete