"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, September 3, 2010

GEMPAR : BENDERA Ada Kaitan Dengan Pembangkang Malaysia

‘hubungan’ di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh memberi jawapan kepada kemelut Malaysia-Indonesia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq diminta menjelaskan hubungannya dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ‘hubungan’ di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.

“Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - flowersonation.my

3 comments:

  1. Salam..Ada orang yang baling batu sembunyi tangan..tapi sampai bila tangan itu akan dapat disembunyikan akhirnya tangan itu kena cuci juga...

    ReplyDelete
  2. Sama seperti cerita dlm klip video berkaitan Khutbah yang ada di blog saya ini. Mana mungkin yang bathil terus berdiri...Insyaallah Kebenaran ALLAH akan terus TEGAK.

    ReplyDelete
  3. tumben tuk WN ikut emosi unjuk rasa melawan malaysia. rupanya ada yg biaya dana tuk bangkitkan emosi WN. udah pastinya ianya bukan suara mayoritas...
    Sadis benget mereka2 ini..mengejar duniawi!

    www.sambalpedas.com

    ReplyDelete