"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Thursday, September 30, 2010

Tamparan Untuk Guan Eng : Warga Emas Tolak Wang Ihsan Hasil Judi

Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ihsan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayaai bersumberkan judi dalam satu majlis sambil diperhatikan Azhar Ibrahim (kanan) di Penaga, Kepala Batas. 29 Sept. 2010.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.  - FoN Online

No comments:

Post a Comment