Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dari Semenanjung dan Sabah membidas Penasihat parti itu, Datuk Seri  Anwar Ibrahim berhubung peranannya mencadangkan penggantungan 12  pemimpin PKR Sabah yang taat kepada Naib Presiden Jeffrey Kitingan.
  
Menurut laporan laman web freeMalaysiatoday.com, bagi  memburukkan keadaan, mereka berkata, Anwar terus membisu dan membiarkan  orang-orangnya memanipulasi keadaan ini dengan tidak mendedahkan apa  yang sebenar berlaku.
"Banyak perbincangan dan insiden yang berlaku sejak setahun lalu  melibatkan 12 pemimpin ini dan situasi di Sabah kini diputar belit oleh  orang-orang Anwar. Ini tidak baik untuk parti," kata pemimpin-pemimpin  itu seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
Menurut laporan laman web itu, beberapa pemimpin kanan parti turut  kecewa dengan sikap Anwar yang "berpura-pura" beliau tidak tahu mengenai  perjanjian damai yang dicapai pada 13 Disember lalu, termasuk tidak  mencari kesalahan terhadap orang-orang Jeffrey.
''Bagaimanapun, di sebalik tabir, kami tahu bahawa Anwar tahu dengan  jelas mengenai apa yang telah dibuat untuk menyekat 12 pemimpin ini,  termasuk menyekat pengaruh Jeffrey.
"Kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar berbohong. Beliau  pernah melakukannya sebelum ini. Pertama mengenai pengambil-alihan 16  September dan kemudian dakwaan tawaran RM2 juta untuk wakil-wakil PKR  yang berpaling tadah dan sekarang kes 12 pemimpin ini. Ia seolah-olah  kelihatan beliau membuat pembohongan secara bersiri," seorang pemimpin  senior memberitahu freemalaysiatoday.
Para pemimpin parti memilih untuk tidak dikenali kerana bimbang akan  akibatnya dari parti, terutama memandangkan pilihan raya akan di adakan  bulan November depan.
Pemimpin-pemimpin PKR juga melahirkan rasa kecewa dengan pertukaran  tarikh mesyuarat biro politik yang berpengaruh dalam parti pada  saat-saat akhir dari 8 pagi kepada 2.30 petang Rabu lalu, hari yang sama  ketika Jawatankuasa Disiplin mendengar kes 12 pemimpin di Penampang,  Sabah.
Pada mesyuarat biro politik yang diadakan di ibu pejabat parti di  sini, keputusan telah dicapai bahawa keputusan muktamad mengenai nasib  12 pemimpin itu akan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari  Ahad. Keputusan ini telah dibuat sebelum jawatankuasa disiplin selesai  mendengar kes ini lagi (yang tamat pada 4.00 petang hari Rabu).
Perubahan masa ini menghalang Jeffrey dari memberi keterangan  berhubung kes untuk membela 12 pemimpin ini kerana tiket penerbangan  beliau telah ditempah untuk mesyuarat jam 8 malam.
"Ini pertanda jelas orang-orang Anwar memastikan insiden ini mengikut  perlembagaan parti tetapi pada hakikatnya, keputusan telah dibuat untuk  menggantung 12 pemimpin ini," kata pemimpin-pemimpin parti.
Kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin ini sekarang ini ialah  Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang dikuasai oleh Anwar, akan membiarkan  Anwar membuat keputusan muktamad mengenai penggantungan tersebut.
"Akhirnya, Anwar mungkin sekali lagi mahu berunding dengan Jeffrey  mengenai masa depan 12 pemimpin itu tapi kami yakin rundingan seperti  ini hanya akan menguntungkan Naib Presiden Azmin Ali dan para  penyokongnya di Sabah, bukan kumpulan Jeffrey," kata mereka.
Dalam laporan awal semalam, Jeffrey menasihatkan Anwar supaya  menangguhkan lawatan ke Sabah setelah segala isu berkaitan parti itu di  negeri berkenaan diselesaikan.
Jeffery membuat gesaan itu sehari selepas PKR mengumumkan keahlian 12  anggota parti itu di negeri berkenaan digantung selama setahun selepas  mereka cuba menubuhkan Parti Cina Sabah (PCS).
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Sunday, August 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
salam perpaduan, blog tuan sudah saya link.
ReplyDeleteterima kasih tuan. sama2lah kita untuk Ummah yang 1. salam Perjuangan.
ReplyDelete