"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Sunday, August 8, 2010

AS Diminta Henti Campuri Kes Anwar

Hanya yang Munafiq saja yang berani menafikan hubungan Anwar dan sekutu USnya.
UMNO mahu pihak tertentu di luar negara menghentikan usaha mereka mencampuri perundangan negara kerana Malaysia memiliki sistem perundangan yang baik.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka sewajarnya menghormati undang-undang dan sistem yang ada pada sesebuah negara seperti mereka menghormati undang-undang di negara sendiri.


“Malaysia tidak akan tunduk pada gesaan seperti ini kerana kita mempunyai sistem kehakiman dan perundangan sendiri yang begitu baik dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Program Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) peringkat wilayah Kuantan di Bandar Tun Razak di Muadzam Shah dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore dan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang mahu kerajaan Amerika campur tangan dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahmad berkata, negara luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) tidak layak untuk membuat keputusan bagi kes ini.

“Ini kerana hanya mahkamah di negara ini yang layak membuat keputusan,” tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, masyarakat dan negara luar juga perlu mengkaji bahawa pengadu kes liwat iatu Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga berhak diberi keadilan sewajarnya. - UTUSAN

Komen :

Seperti biasa dan inilah bukti sebenarnya yang sohih untuk mengaitkan Anwar dengan Yahudi US. Al Gore dan Wolfowitz merupakan rakan karib yang digunakan Anwar sebagai 'talian hayat' akhir untuk memastikan kebathilannya ditutup di dunia ini.

No comments:

Post a Comment