"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Wednesday, August 4, 2010

Panas : Ezam akui Anwar memang meliwat!!!



Sungguh mengejutkan, inilah kali pertama dengan berani dan secara terbuka YB Ezam mengaku bahawa Anwar memang meliwat.

Pendedahan ini disebutkan semasa ceramah beliau di program Ceramah Perdana di Kluang baru-baru ini dihadapan 500 orang tetamu anjuran Pemuda UMNO Kluang.


Ezam menegaskan memang dia marah, tetapi beliau tak fitnah."Tetapi prinsip kita, kita tak fitnah, saya marah dia, betul, saya maki dia betul, tetapi saya tidak fitnah, bila saya kata dia khianat dia memang pengkhianat, bila saya kata dia peliwat, dia memang peliwat"

Beliau berkata apa yang dia belum pernah kena bagi mempertahankan Anwar, semua dia dah kena.

"saya dah lalui semua, pukul, sembur, gari, lokap.. sebab apa.. sebab bela banduan, bukan bela dia sebagai Timbalan Perdana Menteri". "Saya bukan bela masa dia nak jadi perdana Menteri, sekarang ini ramai yang membela dia, yang saya tidak pernah nampak dahulu pun ada, dari Johor, Chua Jui Meng, mana dia dulu, masa Anwar jadi banduan?!! Zaid Ibrahim, mana dia? sekarang panglima, panglima apa?

Ezam menegaskan beliau meninggalkan Anwar kerana Prisip sebagai seorang Islam dan beliau tidak pernahpun dapat duit sebagaimana yang dituduh oleh Anwar.

Beliau menambah semasa pembebasan Anwar 2004, perjuangan Anwar telah berubah. Walaupun diminta untuk selesaikan agenda kelompok anti Islam dan anti melayu yang dalam PKR.. "apa Anwar jawab, tidak, tidak. aku duduk dalam jail yang bebaskan aku puak-puak ini, diaorang yang round satu dunia, humanright.. kelompok-kelompok Melayu boleh buat apa, I duduk dalam jail, puak Melayu boleh buat apa, menjerit kat kampung sahaja, kelompok PAS boleh buat apa.. takbir je..."

Namun yang paling penting ialah alasan utama Ezam meninggalkan Anwar. Kata Ezam "sekarang saya nak bagi tahu satu Malaysia. Sebenarnya saya tinggalkan Anwar walaupun ada sebab politik yang lain, tetapi yang paling penting saya tidak boleh kompromi hingga hari ini kerana Allah Taala memberi saya satu kebenaran melalui Isterinya wan Azizah yang Anwar betul-betul meliwat. Kalau saya berbohong saya cabar Wan Azizh untuk pilih mana-mana masjid atas muka bumi ini untuk saya bersumpah"

Jika dahulu ramai mempertikaikan YB Ezam menginggalkan PKR dan apatah lagi lebih ramai pertikaikan beliau masuk UMNO, namun kini sudah jelas siapa dia Anwar sebenarnya.. liwat itu bukanlah fitnah yang dibuat-buat tetapi memang Anwar membuat perbuatan meliwat dengan diakui oleh wan Azizah. Namun demi politik, Wan Azizah terpaksa menutup kebenaran tersebut.

Sudah sampai masanya kebenaran teserlah, berapa lama lagi Anwar boleh menipu.. sekiranya datang yang hak maka terhapuslah kebatilan...

Dari Blog Sahabat : Aspirasi Bangsa

No comments:

Post a Comment