"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Sunday, September 12, 2010

Sosilawati : Pukul, Bunuh, Bakar & Buang Ke Sungai

LELAKI dipercayai suspek utama (gambar kiri) bersama beberapa lagi suspek yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain, dibawa keluar dari Balai Polis Bukit Jalil, di Kuala Lumpur.
BANTING 12 Sept - Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
ANGGOTA polis forensik mengasingkan serpihan tulang yang ditemui di dalam Sungai Kan Cong Laut, di mana suspek dikatakan membuang abu mayat Datuk Sosilawati dan tiga yang lain selepas membunuh dan membakar mereka di sebuah ladang ternakan ayam, di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," katanya.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.
IZRAN Akmal ditenangkan ibunya, Noor Fazilah AB Sani sambil diperhatikan oleh kakaknya, Balqis Diyana selepas mendengar berita kematian bapanya, Kamarudin Shamsudin yang juga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pilin, Pedas, Negeri Sembilan.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

" Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk. - FoN Online

3 comments:

  1. lu semua kena baca ni jugak. betapa sempit dan dangkalnya pakatan haram ni. isu kematian ni nak dipolitikkan jugak.
    depa ni yg buat negara kita tak aman...krn provokasi dan polimik tak masuk akal mrk.

    http://1malaysia1iltizam.blogspot.com/2010/09/antara-perjuangan-fitnah-dan-matlamat.html

    ReplyDelete
  2. Mat, Ladang Gadong dalam kawasan Tanjong Sepat adun dia Y.B. Dato` Dr. Karim Bin Mansor. apa dia buat? Lepas ni bolehlah tukar Wakil Rakyat!

    Kawasan : ADUN N54 Kawasan Tanjung Sepat
    Alamat Pejabat : Pejabat ADUN Tanjung Sepat, Jalan Besar, Batu Laut, 42800 Tanjung Sepat, Selangor
    Tel : 03-31481006 Fax : 03-31481016

    Alamat Rumah :
    No. 3, Jalan 3/5G, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

    Laman Web : http://www.tanjongsepat.net.my/
    Email : drkarim@tanjongsepat.net.my

    ReplyDelete
  3. apa kena mengena dgn dr karim pulak? inikan kes bunuh dan isu org tak beriman yg memang suka tipu duit termasuk suka bunuh org.
    benda dah nak jadi...pa hal lu bro?
    nak politik lg ka...sah2 org anwar ni...maut pun dipolitikkan

    ReplyDelete