"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Wednesday, August 10, 2011

#BERSIH MENULAR KE LONDON??

Masih ingatkah lagi 9 julai 2011? Perhimpunan Bersih 2.0?

Kini, Apabila LONDON telah riot, merusuh yang hebat, kedai-kedai dibakar, mereka mula Twist dan buat U-Turn mengatakan bahawa demonstrasi yang bermula aman itu berubah menjadi Riot kerana ada tindakan provokasi.  Jadi apa bezanya dengan Bersih 2.0???


Semua majoriti rakyat tidak mahu perhimpunan Jalanan Bersih bukan kerana tuntutan itu tidak logik, tetapi kerana bimbang negara aman menjadi rusuhan sebab ada anasir provokasi. itu sahaja.


Kini mereka mula malu sendiri, sebab pada mulanya, mereka mengagungkan Polis UK, megah dengan Scotland Yard yang berperikemanusiaan, tidak memukul para demo dan rioter. tapi buktinya, kepala mereka dipukul, di libas dengan kayu, diserang dengan anjing German Sherpard, di tendang, di belasah, di heret di jalan.... Di manakah kebijaksanaan sistem demokrasi mereka yang dapat mengawal Demo aman dari bertukar menjadi RIOT????? Di manakah jaminan perhimpunan aman demi menuntut keadilan kematian Mark Duggan itu tidak akan berlaku Riot?


Dan Apabila satu masa bila DS Najib Tun Razak pergi ke UK untuk bertemu Ratu Elizabeth, mereka mentertawakan PM Malaysia kerana ada segenggam rakyat London yang memakai baju kuning berdemo murahan mempersendakan sistem kerajaan kita sendiri. Mereka Memfitnah dengan menyatakan Queen Elizabeth menyokong bersih 2.0 sebab sambut DS Najib dengan pakai baju kuning. Apakah mereka sudah menjadikan Queen england sebagai rujukan dan tukang endorse terhadap perjuangan menentang masalah keadilan undi?


Semuanya menjadi rusuhan yang menjahanamkan negara bukan kerana sistem mereka tidak bagus, bukan kerana polis mereka jahat, bukan kerana Perdana menteri mereka kuku besi, bukan kerana penganjur demo ada niat mahu gulingkan kerajaan tetapi kerana tindakan kacang hantu, kutu rayau, kutu babi, babi buta, gila babi yang ambil kesempatan terhadap keadaan yang mula di luar kawalan.


Perkara inilah yang ditakuti oleh Rakyat Malaysia, Rakyat Marhaen, rakyat  ‘Silent’majoriti dalam negara yang aman ini, bukan kami tidak mahu menyuarakan pendapat, tetapi segala faktor dan variable harus diteliti dahulu sebelum menyokong perhimpunan Jalanan.
Kini, London dalam kebakaran, dan hiruk pikuk. Pada masa ini mungkin rakyat London yang berbaju Kuning boleh pergi cari perlindungan dari Ambiga. kerana mereka kata demonstrasi yang aman akan berakhir dengan aman jika polis tidak mulakan aksi kawalan.


Takziah kepada Rakyat Marhaen London yang tidak bersalah menjadi mangsa, Takziah kepada pelajar Malaysia yang di pukul disana. dan harap dan berdoa yang terbaik untuk London. Semoga semuanya kembali aman seperti Malaysia selepas gelombang kuning 9 July Itu.
 Asyraf Haziq, seorang pelajar yang berasal dari Malaysia dan sedang menuntut di Kaplan College telah cedera akibat rusuhan itu. Rahangnya retak dan giginya patah. Dalam menahan kesakitan, dia kononnya cuba dibantu oleh seorang warga tempatan yang kemudiannya turut sama merompaknya. Dalam kejadian ini, Asyraf kehilangan dompet dan telefon bimbit.   

Nauzubillah min zalik!!!

No comments:

Post a Comment