”Sepatutnya Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) takut pada Allah  taala…kita patut hanya takut pada Allah taala..apa perlu takut dengan  Datuk Khusrin kalau semua perkara yang kita nak buat itu betul…hanya  orang nak buat kerja jahat je takut dengan orang ni…takut terbongkar  rahsia”.
Demikian pandangan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan  berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, Datuk  Mohd  Khusrin Munawi yang terus dipertikai kerajaan pakatan pembangkang  Selangor.
Tegasnya perlantikan SUK baru itu tidak sepatutnya menjadi satu  permasalahan besar kerana perlantikan tersebut  telah mengikut semua  prosedur undang-undang tubuh kerajaan negeri.
“Kenapa Tan Sri Khalid dan Exco ini takut kepada Datuk Khusrin…kalau  mereka buat kerja baik untuk rakyat, Ketua UMNO bahagian sekali pun jadi  SUK pun tak jadi hal…inikan pula Datuk Khusrin seorang penjawat awam  yang cukup pengalaman..pegawai tinggi kerajaan yang bukan aktif politik  mana-mana parti.
“Dengan lain perkataan tentu ada sesuatu yang nak disembunyikan dalam  mesyuarat-mesyuarat…mungkin nak tambah lesen judi ke, mungkin nak  tambah lesen rumah urut…mungkin nak ambil tanah rakyat di  mana-mana…inilah yang mungkin mereka takutkan”, katanya dalam satu  wawancara eksklusif bersama UMNO-Online di sini, hari ini.
Jelas beliau lagi tindak-tanduk kerajaan pakatan pembangkang di  Selangor memperlihatkan mereka cukup khuatir jika segala rahsia jahat  mereka terbongkar.
“Hentikanlagh segala kebiadapan dan penderhakaan ini biarkan Datuk  Khusrin bertugas…kalau dia buat kerja untuk rakyat semua orang akan  untung dan Datuk Khusrin juga cakap dia bukan alat mana-mana parti..dia  adalah penjawat awam yang ikut arahan”, ujarnya. - MediaUMNO
Fokus Selangor:Mengetahui prosidur Pentadbiran peringakt Negeri, FS takin Kerajaan Selangor bimbang tidak mendapat kerjasama dari Khusrin yang memang terkenal denga sikap tegas dan jujur beliau.
Barang diingat, sekarang adalah masa kritikal untuk Kerajaan Selangor untuk 'buat duit' bagi persediaan PRU13.
Umum tahu isu penyelewengan pasir dan pembalakan haram di Selangor adalah isu kerajaan negeri dan pastinya Kerajaan Selangor akan mengahadapi masalah kerana setiap arahan (kelulusan 'pena sakti'), mungkin tidak akan mendapat kerjasama Khusrin...Wallahualam.

 
No comments:
Post a Comment