Aib dan menjijikkan. Itulah yang  saya dapat katakan mengenai fitnah seorang Menteri yang dituduh merogol  amahnya sejak 10 hari lepas. Atas permintaan blogger-blogger, Datuk  Seri Utama Rais Yatim dan isterinya Datin Seri Maznah berbesar hati  untuk berjumpa dengan kami para blogger seramai lebih kurang 10 orang.  Pertemuan yang diadakan secara santai dan penuh mesra berlansung lebih  kurang 2 jam di pejabat beliau di Kementerian Kebudayaan dan  Perlancongan, Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

DS Dr Rais dan DS Maznah  menceritakan segala tomahan yang dibuat ke atas kedua-dua pasangan  bahagia ini. Pasangan romantis yang tidak dibuat-buat seperti mana yang  dilakukan oleh DS Anwar dan DS Azizah telah menjawab segala pertanyaan  bloggers yang selama ini bersarang di kepala kami.
Berikut adalah antara fakta-fakta yang terkandung di dalam perbualan kami para bloggers dan pasangan DS:
- Tomahan yang dilemparkan di dalam laman-laman blog dan media-media elektronik bukan merupakan fitnah yang baru. Fitnah ini telah bermula sejak tahun 2007 sewaktu orang gaji berkenaan, Robegah berhenti kerja dari menjadi orang gaji DS sekeluarga dengan alasan untuk memberikan perhatian kepada keluarganya. Tambahan lagi, anak-anaknya sudah berhenti sekolah dan beliau mampu membina rumah sendiri di Indonesia hasil dari pekerjaannya sebagai pembantu rumah DS Rais selama 10 tahun.
- DS Dr Rais semalam telahpun menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci untuk membersihkan nama baiknya sebagai seorang Menteri yang telah 46 tahun berjuang untuk UMNO dan telah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.
- Robegah, 46 tahun, bukalah merupakan satu-satunya orang gaji di dalam rumah berkenaan. DS Rais mempunyai 4 orang gaji termasuk Robengah yang tinggal satu bilik. Agak mengelikan hati sekiranya perkosaan itu dilakukan di dalam rumah berkenaan. Seperti yang diperkatakan tadi Robengah telah bekerja dengan DS Rais selama 10 tahun. Alhamdulillah, terdapat seorang lagi orang gaji yang telah bekerja bersama-sama dengan Robengah sejak dulu dan beliau masih lagi bekerja dengan DS Rais sehingga kini. Kami akan cuba mendapatkan temubual ekslusif dengan orang gaji berkenaan yang turut kecewa dengan dakwaan Robengah.
- Gambar perempuan cantik yang didakwa Robengah oleh blog Sabahkini merupakan gambar palsu yang sengaja diada-adakan untuk menguatkan dakwaan fitnah berkenaan. Kami akan mendapatkan gambar terakhir Robengah sebelum berhenti kerja untuk dijadikan bukti pembohongan yang dilakukan untuk menjatuhkan DS Rais.
- Kenapakah Robengah mengambil masa 5 bulan sebelum laporan dibuat oleh adiknya. Kenapakah tidak beliau sendiri yang membuat laporan berkenaan? Robengah meninggalkan Malaysia pada bulan Februari 2007 dan laporan yang dibuat oleh adiknya hanya pada Julai 2007. Robengah hilang ingatankah untuk membuat laporan dengan segera atau beliau hanya mengambil kesempatan untuk mengugut keluarga DS Rais?
- Husam Musa, Wakil Rakyat PAS telah berjumpa dengan Robengah pada tahun 2007 untuk mendengar sendiri tuduhan berkenaan. Sekiranya tuduhan ini benar, sudah tentu Husam Musa akan menjatuhkan DS Rais sejak dari PRU12, Perhimpunan Agong UMNO serta memburuk-burukkan beliau ketika beberapa PRK yang berlangsung selepas PRU12. Kenapa tuduhan ini hanya timbul sekarang? Tahun 2010?
Kami  mendoakan agar Allah SWT memberi kekuatan kepada DS Sekeluarga di dalam  menghadapi fitnah yang jijik dan memualkan ini. Kebenaran akan pasti  mengatasi kebatilan. Sesempurna mana sekalipun perancangan manusia untuk  menjatuhkan DS Dr Rais pastinya akan gagal sekiranya Allah tidak  mengizinkannya.
SUMBER : Cucu Tok Selampit 




 
No comments:
Post a Comment