Blogger aktif dan bersemangat waja, AKU YANG GAMBI telah maninggal dunia malam tadi kira-kira jam 11.10 minit malam.
Terkenal   sangat patriotik dan  mengangkat Daulat Raja-raja Melayu terutama bagi   negeri kesayangan  beliau, jelas ditonjolkan terutama di 'header'  blognya  sendiri.
Dikaitkan  dengan jangkitan kuman di  paru-paru,  Allahyarham yang nama sebenarnya  Abdul Aziz Baharom umur 56  tahun telah  menghembuskan nafas terakhir  beliau di Hospital Tengku  Ampuan Afzan  Kuantan.
Semasa hayatnya, Allahyarham  konsisten mempertahankan  perjuangannya  yang berasaskan kepada Agama,  Bangsa dan Negara.  Allahyarham kuat  mempertahankan FELDA dan bersedia  mematahkan apa juga  hujah  pembangkang yang uba menjelekkan FELDA.
Allahyarham juga aktif di laman sosial facebook dan amat mudah mesra walaupun hanya dikenali melalui alam 'cyber' ini sahaja.
Adalah dimaklumkan bahawa Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung beliau di Felda Keratong 2, Pahang.
Dilihat dari blognya, Allahyarham kali terakhir menulis adalah pada Ahad 9 Januari yang lalu melalui artikelnya yang berjudul 'Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat?'
Bagi   kami warga Bloggers  merasakan satu kehilangan kepada dunia  cyber  'blogging' kerana  Allahyarham seorang yang sering mengunjungi Blog   para sahabat dan  pastinya selepas ini tiada lagi kunjungan ini.

 
No comments:
Post a Comment