Demikian  menurut seorang individu yang mahu identitinya dirahsiakan   ketika  mendedahkan dokumen rasmi bantahan yang telah diterima Ibu    Pejabat  PKR Pusat, namun tiada tindakan wajar diambil.
|  | 
| “Tambah menyulitkan JPP untuk bertindak adil, apabila adanya campur tangan dan ‘arahan khas’ daripada pemimpin tertentu di peringkat pusat,” menurut individu tersebut. | 
Beliau  memberitahu FMT, ada kalangan anggota JPP sendiri yang lebih   berminat  ‘bermesyuarat’ sesama sendiri untuk menyediakan alasan untuk     menafikan sesuatu bantahan dari membuat siasatan.
Menurut  individu yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat   PKR itu  lagi, terdapat beberapa anggota JPP sendiri bertindak sebagai    proksi  kepada calon-calon tertentu.
“Arahan khas”
“Memang  jelas diketahui oleh pihak pengurusan parti bahawa terdapat   anggota  JPP yang dilantik merupakan proksi kepada calon tertentu.
“Tambah  menyulitkan JPP untuk bertindak adil, apabila adanya campur   tangan  dan ‘arahan khas’ daripada pemimpin tertentu di peringkat    pusat,”  menurut individu tersebut.
Sementara  itu, memetik dokumen bantahan rasmi yang dialamatkan kepada   Presiden  PKR, antara lain pengadu melaporkan pencalonan jawatan    Angkatan Muda  Keadilan (AMK) Pusat yang dibuat oleh Cabang Tampin telah ditukar setibanya ke peringkat pusat.
“Tampin  mencalonkan Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin) untuk jawatan   Ketua  AMK Pusat tetapi telah ditukar kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Setelah  diteliti dari pangkalan data pusat, kami menyedari bahawa   beberapa  cabang lain turut ditukar pencalonan,” menurut laporan dari    dokumen  aduan tersebut.
Pihak  yang membuat aduan tersebut turut melahirkan kebimbangan apabila    manipulasi jumlah undi tentunya lebih mudah dilakukan berbanding     menukar nama pencalonan yang sepatutnya mudah disedari banyak pihak.
Selain  itu, pengadu turut melaporkan Setiausaha Kerja AMK yang juga   calon  exco AMK, Syed Shah Syed Osman yang di bayar gaji oleh parti    pernah  menulis di dinding laman Facebook miliknya, mengakui bahawapencalonan  yang dibuat di cabang boleh diubah berdasar niat tertentu.
Pegawai yang sama juga merupakan individu yang terlibat secara   langsung dalam sebarang keputusan yang dibuat JPP.
Kecelaruan berlaku
Turut  dimuatkan dalam aduan yang menuntut perhatian Setiausaha Agung   PKR,  Saifudin Nasution itu, ialah kecelaruan yang berlaku ketikacabang-cabang  AMK menjalankan mesyuaratnya.
“Ini amat menyedihkan apabila pentadbiran AMK pusat dalam keadaan   celaru dan banyak perlu diperbaiki.
“Dalam  keadaan AMK Cabang terpaksa mesyuarat tanpa kit manual   mesyuarat  tetapi ada pegawai bergaji dalam pengurusan AMK (secara    sengaja atau  tidak) sibuk berkempen untuk calon tertentu termasuk    dirinya sendiri.
“Malah  terlibat dalam ketidak telusan yang berlaku,” menurut petikan   dokumen  yang mempunyai rujukkan pkrNS/AMPPReform/Rasmi(001) itu.
Berdasarkan  kepala dokumen beserta nama Zulkifli Ibrahim tertera di   bahagian  tanda tangan, dipercayai dokumen bantahan rasmi ini telah    dihantar  kepada Ibu Pejabat PKR oleh kumpulan yang berkongsi manifesto
Anak Muda Penerus Momentum Reformasi pimpinan Chegu Bard.
 
Memang nampak ada benda tak kena dari peringkat awal lagi pemilihan PKR nampak ada manipulasi menaikkan nama2 tertentu. Takkan SU Saifudin tak tahu dia pun nak tipu rakyat... mengatakan tak ada manupulasi dalam pemilihan. Banyak yang tak kena lagi dalam pentabiran PKR, dengan Presidennya tak masuk campur hal ahli2 PKRnya dengan mendiam diri membuatkan Presiden PKR tidak KUAT (no power) melainkan membenarkan suaminya bersuara. Susah bila ada kepentingan peribadi (conflict of interest). Ternyata ahli PKR telah salah pilih Presidennya dan sekarang pula nak buat silap lagi pilih timbalan dan naib presiden satu keluarga yang sama. Hancurlah PKR kalau macam ini.
ReplyDelete