Peristiwa-peristiwa hitam tersebut perlulah diingat sebagai satu pengajaran agar jangan sampai berulang lagi hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan kerukunan hidup bernegara.
Demi mengingatkan diri untuk menghindarkan kemudaratan peristiwa-peristiwa hitam itu, maka tidaklah salah untuk menyebut atau mengingat kembali Peristiwa Berdarah 13 Mei itu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dalam Dewan Undang Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim beberapa minggu yang lalu. Malah peristiwa-peristiwa lain yang sejenis dengan 13 Mei itu pun tidak semestinya dilupakan.
Guan   Eng jangan sampai lupa bahawa di Pulau Pinang sendiri, pada  bulan   November 1967 pergaduhan kaum telah meragut nyawa tak kurang  daripada   23 orang. Tiga tahun sebelum itu pada tahun 1964, di Singapura  (semasa   negara pulau itu masih merupakan sebahagian daripada Malaysia),  telah   berlaku dua pergaduhan kaum masing-masing telah meragut nyawa 22  orang   dalam satu peristiwa dan lapan orang lagi dalam satu peristiwa  yang   lain.
Dan   lebih dahsyat daripada apa yang berlaku semasa “Tentera Bintang  Tiga”   bermaharajalela, pergaduhan kaum merebak di banyak tempat dan    melibatkan bilangan (dan mangsa keganasan) yang jauh lebih ramai    daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Perbuatan “buas” dan “ganas”    yang sangat sadistic sifatnya semasa “Tentera Bintang Tiga” berkuasa    itu, sampai sekarang masih menjadi ingatan dendam dan kenangan pahit  dan   pedih oleh sebahagian anak atau cucu mereka yang menjadi mangsa.
Saya   sendiri semasa remaja kira-kira 40 tahun yang lalu sering  mendengar   cerita kebangkitan pendekar-pendekar Melayu menentang  kekejaman Tentera   Bintang Tiga itu terutama di Batu Pahat, Johor  (terkenal dengan Kiyai   Salleh sebagai tokoh utamanya). Begitu juga  berlaku penentangan di   Sungai Manik, Perak.
Kemudian   sepanjang minggu lalu daripada perbualan dengan beberapa  orang tokoh,   saya dimaklumkan beberapa nama tempat lain seperti Bekor  (dekat Kuala   Kangsar, Perak), Batu Kikir (Negeri Sembilan) dan banyak  tempat lain   yang ada kaitannya dengan pergaduhan kaum di zaman “Bintang  Tiga” itu.
Jadi   jelaslah bahawa pergaduhan kaum di zaman Bintang Tiga itu  berlaku di   banyak tempat dan dengan demikian tentu banyak individu yang  terlibat.   Kerana itulah agaknya maka ada yang menyifatkannya sebagai  lebih   dahsyat daripada “Peristiwa 13 Mei”.
Malah   seorang ahli sejarah yang pernah menjadi pensyarah di  Universiti  Sains  Malaysia(USM), Pulau Pinang, iaitu Dr Cheah Boon Kheng  sampai   mengambil kesimpulan: “Bila dibandingkan bilangan nyawa yang  terkorban   dan keluasan kawasan yang terlibat sepanjang masa peralihan    (interregnum) antara penyerahan Jepun dengan kedatangan kembali tentera    British tersebut, pergaduhan kaum Mei 1969 itu boleh dianggap sebagai    satu peristiwa yang pudar signifikannya. Untuk penjelasan lanjut sila    rujuk buku Dr Cheah yang berjudul “Red Star Over Malaya”.
Perbandingan   yang dibuat oleh ahli sejarah tersebut menyebabkan kita  mengulang   kembali satu soalan yang berulang-ulang kali ditanyakan  sepanjang dua   minggu yang lalu: “Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang  menjadi Ketua   Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan  melatah bila   mendengar ungkapan 13 Mei itu?”
Guan   Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut  dalam   Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak    disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu    orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.
Tentu   dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan)  bahawa  sebab  utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah   provokasi  penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk    kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan    kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.
Satu   perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa  ialah   bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa  telah   mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin  DAP   pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan    mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah    Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.
Dari : FON Online

 
sejarah x pernah menipu.....
ReplyDeletebukan DAP j puncaa.....
jgn lupa GERAKAN DAN ppp JUGA Adalah PEMANGKIN kpd perkara tersebut
sekurang2nya gerakan tidak lagi memainkan sentimen biadap spt yg dilakukan Lim Kit Siang hari ini.
ReplyDeleteTerbukalah pekung knp DAP against matapelajaran Sejarah...sejarah tak menipu.
Tapi nama Gerakan tu tidak boleh dicicir.
ReplyDeleteKan sejarah x menipu.
Jadi mengapa tiada cerita sepenuhnya??
Boleh percaya ker versi kat blog ni?
Hairan juga mengapa pd masa itu kejadian ini hanya berlaku di Selangor dimana UMNO kalah dlm. pilihanraya?
Ada batu api??