
Berita Harian Khamis 31 Disember 1998 12 Ramadan 1419
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kesan tompokan air mani yang ada pada tilam yang dirampas polis di pangsapuri Tivoli Villas, adalah kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri bekas setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali. Ahli Kimia di Jabatan Kimia, Lim Kong Boon berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada ujian DNA yang dibuat ke atas air mani dan contoh darah Anwar serta Shamsidar.