Namun begitu, turut dijangkakan ramai calon yang akan meletakkan calon Bebas untuk bertanding. Setakat ini, sebanyak 20 borang pencalonan sudah diambil di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di Kota Kinabalu.
Manakala  usaha bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti  pembangkang iaitu PKR dan SAPP petang tadi telah menemui jalan buntu. 
Di  dalam mencari –dua parti itu bertanding dan mengusahakan pertandingan  bagi kerusi Batu Sapi ditandingi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu,  kedua-dua pihak masih berdegil mahukan calon masing-masing  diketengahkan.
  Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak yang tidak dapat mengelak daripada  bertanding antara mereka juga sudah berjanji untuk tidak berkempen  menentang satu sama lain dan kedua-duanya akan menjadikan BN sebagai  sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan  “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan  datang.
SAPP  bakal mengumumkan calonnya Sabtu ini yang kebanyakan penganalisa politik  Sabah melihat Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dijangkakan bertanding  dan bagi calon PKR, wakil perundingnya, William Leong sekadar berkata  PKR akan mengumumkan calonnya tidak lama lagi. 
Sementara  itu, BN akan mengumumkan calonnya yang dari Parti Bersatu Sabah (PBS)  pada Ahad ini. Rundingan peringkat tertinggi yang memakan masa hampir  sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan Leong selaku  bendahari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai  oleh presidennya, Teck Lee. Turut hadir ialah Naib Presiden PKR, Datuk  Jeffrey Kitingan.
Selain  itu, mereka juga tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama pada  pilihanraya umum akan datang. SPR menetapkan Selasa minggu depan sebagai  hari penamaan calon.
Pilihanraya  kecil Parlimen Kerusi Batu Sapi terpaksa dijalankan kerana kematian  mengejut ahli parlimennya, Datuk Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu  Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kota  Kinabalu pada minggu lalu. 
Pada  pilihan raya 2008 terakhir, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong  Wing tetapi berjaya mempertahankan kerusinya dengan mudah apabila  memperolehi majoriti sebanyak 3,708 undi. 
Dalam  perkembangan yang sama, Pemuda PAS di Batu Sapi terus mendesak  kepimpinan PAS pusat supaya berbincang dengan pihak PKR untuk  menyerahkan urusan calon parlimen Batu Sapi kepada calon dari PAS. Ini  adalah kerana seramai 60 peratus daripada pengundi di kerusi parlimen  tersebut adalah kaum bumiputera Islam.
Sumber : KLToday.com

 
No comments:
Post a Comment