"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Tuesday, October 5, 2010

Siapa Kata Azmin Popular?

Jumlah kehadiran anggota yang kecil dalam mesyuarat pemilihan PKR Cabang Gombak di sebuah hotel di Ampang Ahad lalu mencetuskan keraguan mengenai populariti ketua cabang dan naib presiden parti, Azmin Ali.

Hanya 401 ahli atau 5.47 peratus dari jumlah 7,300 anggota cabang itu yang datang mengundi sedangkan Gombak merupakan kubu kuat PKR yang dipimpin Azmin sejak 12 tahun lalu.


Malah semasa mesyuarat cabang hanya 101 yang hadir sehingga ada ahli yang mahu keadaan itu diatasi segera.

Bagaimanpun, kehadiran jumlah pengundi yang terlalu kecil menimbulkan spekulasi mengenai sokongan ahli PKR Gombak terhadap Azmin.

Kemampuan pencabarnya, Bakar Ninggal menawan 60 undi menunjukkan bukan semua anggota di cabang itu menyokong Azmin.

Bagaimanapun, Azmin mendapat 333 undi dan beliau menang dengan majoriti 273 undi.

Azmin yang akan bertanding jawatan timbalan presiden menghadapi saingan sengit dari Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, ketua PKR Perak.
Bukti dah ada...dewan tempat berlangsungnya mesyuarat PKR Gombak pun boleh kosong. Ertinya, di Cabang sendiri pun Azmin memang tidak popular dan tidak disukai ahli-ahli PKR...pi mampuih la hang Azmin!

Beberapa perwakilan yang ditemui berkata, mereka terkejut dengan jumlah kehadiran yang terlalu kecil sedangkan Gombak mendapat liputan meluas dari media masa.

Gambaran negatif
 
Seorang penyokong Azmin yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu, keadaan ini memberi gambaran negatif kepada Azmin dalam pertandingan timbalan presiden.

"Kalau di kawasan sendiri, hanya 400 orang yang datang bagaimana hendak mengharapkan undi di cabang lain.

"Saya bimbang apabila di adakan pemilihan jawatan timbalan presiden 21 November nanti, undi yang diperolehi Zaid lebih banyak dari Azmin.

"Saya bimbang undi senyap dari cabang ini. Orang kata kubu kuat Azmin tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar," katanya.

Seorang perwakilan pula memberitahu, ini bermakna ramai ahli yang sudah tidak menghiraukan parti dan kepimpinannya.

"Adakah mereka tidak suka kepada kepimpinan Azmin? Tetapi Azmin perlu melakukan sesuatu supaya PKR kekal menjadi parti terbaik," kata perwakilan dari Kampung Wira Damai, Gombak.

Rakannya pula menjelaskan, sebahagian yang hadir pada mesyuarat itu adalah rakan-rakannya terutama dari Hulu Kelang yang diwakili Azmin.

Katanya, sedikit sahaja ahli parti dari Batu Caves dan Gombak Setia yang datang mengundi sedangkan ia juga terletak di parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Sumber : FMT

2 comments: