"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Thursday, October 7, 2010

Tangan Ghaib Dibelakang Rahimi Sebenarnya Dari Dalam PKR…

Pelik bin ajaib! Kenapa calon untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim mendesak pihak berkuasa menyiasat aduan yang dibuat oleh Rahimi Osman? (baca sini)

Latheefa Koya dan Saiful Izham sememangnya orang kuat Anwar dan Azmin. Terbaliklah PKR kali ini...

Sedangkan pemimpin PKR lainnya mengutuk dan menuduh aduan Rahimi sebagai fitnah, Zaid pula memberikan pendapat yang bertentangan dengan rakan-rakannya didalam PKR. Ini yang buat Spy terkejut dengan kenyataan Zaid.

Kenapa Zaid tidak bertindak mempertahankan Latheefa Koya yang dikatakan memaksa Rahimi membuat akuan bersumpah didalam kes liwat Anwar?

Apakah Zaid mempunyai masalah dengan Ketua Penerangan PKR tersebut?

Spy nak maklumkan pada semua, Latheefa Koya ialah orang kuat Azmin Ali. Dan R Suresh Kumar yang mengepalai samseng-samseng untuk membuat kacau di sidang media Rahimi kelmarin, juga adalah merupakan orang kepercayaan Azmin dan Anwar.

Jadi, tak pelik lah jika Zaid begitu “suka” kalau Latheefa disiasat berkenaan aduan yang dibuat oleh Rahimi. Orang tua-tua kata, dalam politik ni, kalau nak jatuhkan seseorang, jatuhkan orang sekelilingnya dulu.

Perlu diingat, Zaid telah memberi bai’ah kesetiaannya kepada Wan Azizah dan juga Nurul. Kak Wan dan anak perempuannya itu pula tak merestui Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Mungkinkah semua kemelut didalam isu Rahimi ini berpunca dari perebutan kuasa didalam PKR sendiri?

Spy tengok, ramai pengikut Pakatan yang menuduh bahawa Rahimi diupah oleh UMNO dan juga dirasuah oleh pihak kerajaan. Tetapi, bagaimana kalau ada “orang dalam” PKR sendiri yang menjadi dalang disebalik pengakuan dan aduan yang dibuatnya kepada pihak Polis?

Spy lebih cenderung mengatakan bahawa tindakan Rahimi ini ada berhubung kait dengan pergolakan didalam pemilihan serta kemelut kuasa didalam PKR sendiri.

Dan Spy tak menolak kemungkinan bahawa ada tangan ghaib disebalik pengakuan Rahimi seperti yang dikatakan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa semasa sidang medianya bersama Latheefa Koya tengah hari tadi.

Dan tangan ghaib tersebut ialah dari PKR, bukannya pihak luar!

Sumber : MYKMU

No comments:

Post a Comment