Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Semenanjung dan Sabah membidas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peranannya mencadangkan penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah yang taat kepada Naib Presiden Jeffrey Kitingan.
Menurut laporan laman web freeMalaysiatoday.com, bagi memburukkan keadaan, mereka berkata, Anwar terus membisu dan membiarkan orang-orangnya memanipulasi keadaan ini dengan tidak mendedahkan apa yang sebenar berlaku.
"Banyak perbincangan dan insiden yang berlaku sejak setahun lalu melibatkan 12 pemimpin ini dan situasi di Sabah kini diputar belit oleh orang-orang Anwar. Ini tidak baik untuk parti," kata pemimpin-pemimpin itu seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
Menurut laporan laman web itu, beberapa pemimpin kanan parti turut kecewa dengan sikap Anwar yang "berpura-pura" beliau tidak tahu mengenai perjanjian damai yang dicapai pada 13 Disember lalu, termasuk tidak mencari kesalahan terhadap orang-orang Jeffrey.
''Bagaimanapun, di sebalik tabir, kami tahu bahawa Anwar tahu dengan jelas mengenai apa yang telah dibuat untuk menyekat 12 pemimpin ini, termasuk menyekat pengaruh Jeffrey.
"Kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar berbohong. Beliau pernah melakukannya sebelum ini. Pertama mengenai pengambil-alihan 16 September dan kemudian dakwaan tawaran RM2 juta untuk wakil-wakil PKR yang berpaling tadah dan sekarang kes 12 pemimpin ini. Ia seolah-olah kelihatan beliau membuat pembohongan secara bersiri," seorang pemimpin senior memberitahu freemalaysiatoday.
Para pemimpin parti memilih untuk tidak dikenali kerana bimbang akan akibatnya dari parti, terutama memandangkan pilihan raya akan di adakan bulan November depan.
Pemimpin-pemimpin PKR juga melahirkan rasa kecewa dengan pertukaran tarikh mesyuarat biro politik yang berpengaruh dalam parti pada saat-saat akhir dari 8 pagi kepada 2.30 petang Rabu lalu, hari yang sama ketika Jawatankuasa Disiplin mendengar kes 12 pemimpin di Penampang, Sabah.
Pada mesyuarat biro politik yang diadakan di ibu pejabat parti di sini, keputusan telah dicapai bahawa keputusan muktamad mengenai nasib 12 pemimpin itu akan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Ahad. Keputusan ini telah dibuat sebelum jawatankuasa disiplin selesai mendengar kes ini lagi (yang tamat pada 4.00 petang hari Rabu).
Perubahan masa ini menghalang Jeffrey dari memberi keterangan berhubung kes untuk membela 12 pemimpin ini kerana tiket penerbangan beliau telah ditempah untuk mesyuarat jam 8 malam.
"Ini pertanda jelas orang-orang Anwar memastikan insiden ini mengikut perlembagaan parti tetapi pada hakikatnya, keputusan telah dibuat untuk menggantung 12 pemimpin ini," kata pemimpin-pemimpin parti.
Kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin ini sekarang ini ialah Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang dikuasai oleh Anwar, akan membiarkan Anwar membuat keputusan muktamad mengenai penggantungan tersebut.
"Akhirnya, Anwar mungkin sekali lagi mahu berunding dengan Jeffrey mengenai masa depan 12 pemimpin itu tapi kami yakin rundingan seperti ini hanya akan menguntungkan Naib Presiden Azmin Ali dan para penyokongnya di Sabah, bukan kumpulan Jeffrey," kata mereka.
Dalam laporan awal semalam, Jeffrey menasihatkan Anwar supaya menangguhkan lawatan ke Sabah setelah segala isu berkaitan parti itu di negeri berkenaan diselesaikan.
Jeffery membuat gesaan itu sehari selepas PKR mengumumkan keahlian 12 anggota parti itu di negeri berkenaan digantung selama setahun selepas mereka cuba menubuhkan Parti Cina Sabah (PCS).
"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.
Sunday, August 29, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Lempar Najis : Mungkin Ada Kaitan Dengan Anwar & Izzah
Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.
Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.
Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.
Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.
Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.
Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.
Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.
Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.
“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.
Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. - Utusan
Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.
Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.
Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia. baca sini
Kemungkinan pembaitan Anwar tidak dapat dinafikan kerana Anwar menjadikan Negara luar untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia...baca ini
Anwar baru pulang dari Indonesia dan sering ke sana untuk bertemu rakan-rakannya terutama Bapak Demonstrasi Indonesia...Amien Rais
Nurul Izzah anak sulung Anwar, baru pulang dari Indonesia dan peristiwa demonstrasi in berlaku sebaik kepulangan Izzah dari sana.
Ini bukan kali pertama berlaku dan ianya sememangnya taktik Anwar untuk menjatuhkan kredibilit Malaysia terutama di kalangan Kepimpinan Negara seperti Presiden SBY yang sememangnya rapat dengan Dato' Seri Najib.
Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.
Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.
Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.
Demonstrasi Usir Rakyat Malaysia tahun lalu. Rakan blogger pernah mendedahkan pembabitan Anwar bersama hartawan Indonesia yang bertanggungjawab menaja peristiwa ini...baca sini |
Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.
Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.
Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.
Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.
“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.
Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. - Utusan
Thursday, August 12, 2010
Wan Azizah Termengaku Perangai Suaminya...Allahuakbar!
Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ada bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon pada Ezam Mohd Noor dari Washington tidak lama dulu?
Ini timbul bila Ezam yang kebetulan waktu itu berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara,Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.
Difahamkan Wan Azizah kenal lelaki itu.
Waktu itu Ezam yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) adalah orang kanan Anwar dan sering keluar masuk rumahnya.Waktu itu juga Anwar belum habis edah untuk aktif politik selepas dibebaskan dari penjara.Beliau menjadi pensyarah undangan di Amerika.
Tuesday, August 10, 2010
Wan Azizah Tahu Perangai Buruk Anwar
KLANG 9 Ogos - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang terlibat menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak meninggalkan parti itu kerana kecewa ia terus tersasar jauh daripada perjuangan asalnya.
Menurutnya, beliau melihat PKR pada hari ini telah berubah kepada parti yang tidak bermoral sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik sempit mereka.
Menurutnya, beliau melihat PKR pada hari ini telah berubah kepada parti yang tidak bermoral sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik sempit mereka.
Sunday, August 8, 2010
AS Diminta Henti Campuri Kes Anwar
Hanya yang Munafiq saja yang berani menafikan hubungan Anwar dan sekutu USnya. |
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka sewajarnya menghormati undang-undang dan sistem yang ada pada sesebuah negara seperti mereka menghormati undang-undang di negara sendiri.
Wednesday, August 4, 2010
Panas : Ezam akui Anwar memang meliwat!!!
Sungguh mengejutkan, inilah kali pertama dengan berani dan secara terbuka YB Ezam mengaku bahawa Anwar memang meliwat.
Pendedahan ini disebutkan semasa ceramah beliau di program Ceramah Perdana di Kluang baru-baru ini dihadapan 500 orang tetamu anjuran Pemuda UMNO Kluang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)