"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Thursday, July 8, 2010

Kami Diarah Serang Institusi Raja, Kehakiman, Polis dan Agensi Kerajaan Untuk Lemahkan Kerajaan BN

Pengakuan YB Zulkifli Nordin di dalam Parlimen hari ini, adalah satu 'alibi' besar betapa Anwar Ibrahim adalah seorang yang cukup rakus, tamak dan gila kuasa.

Photo ini jelas membuktikan betapa hubungan PKR dengan Raja Petra dan Balasubramaniam amat baik. Ianya juga adalah jawapan kepada keupayaan kewangan Raja Petra dan Bala...PKR yang taja!


Tidak hanya 'bermain politik' dengan orang politik tetapi Anwar sanggup untuk mempergunakan segala taktiknya termasuk untuk menjatuhkan kredibiliti Institusi Raja-raja, Badan Kehakiman, Polis dan kesemua Agensi Kerajaan.

Zul Nordin berkata demikian ketika menjawab hujahan YB Kota Belud yang berkata bahawa PKR akan mejadikan Felcra sebagai sasaran mereka selepas ini...selepas 'menyerang' Felda.



Hanya dengan satu azam dan cita-cita iaitu untuk mendapatkan kuasa, Anwar sanggup untuk menggadaikan kesemua Institusi yang menjadi 'tulang belakang' negara selama ini.

Di dalam hujahannya, YB Zul menyatakan, sememangnya mereka (MP dan Kepimpinan PKR) telah diarahkan oleh Parti untuk 'menyerang' kesemua Institusi dan Agensi yang dikaitkan dengan Kerajaan Memerintah.

Niatnya hanya satu iaitu untuk menjatuhkan kredibiliti Kerajaan.

Syukurlah kita diperlihatkan dengan cepat segala sifat haloba Anwar. Jika tidak, pastinya ia akan membawa banyak kemusnahan kepada Negara.

Berita ini timbul di dalam kekecohan isu Raja Petra yang dikaitkan dengan PKR. Pemergian Zaid Ibrahim dan Nurul Izzah ke London untuk menghadiri Program anjuran PKR di London telah membuka pekung mereka.

Photo Zaid yang dirakamkan bersama-sama Raja Petra dan Bala (penyiasat persendirian) yang selama ini dikatakan menghilang diri, telah dibuktikan sebenarnya 'disimpan' dan ditaja dengan baik oleh Anwar dan PKR.

Ternyata, Anwar memang tak sempat untuk menafikan ini kerana belum sempat beliau membuka mulut, telah tersebar meluas photo tersebut untuk menjadi bukti kepada 'hati busuk' Anwar bin Ibrahim.

No comments:

Post a Comment