"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Saturday, July 24, 2010

Apa Punya Benak Hati Si Khalid Samad : Jumpa Mufti langgar keputusan parti

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menggelarkan pemimpin parti itu yang bertemu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu perpaduan orang Melayu sebagai golongan yang tidak faham prinsip dan perjuangan Pas. 
 
Katanya, pemimpin yang terlibat dengan pertemuan tersebut telah melanggar keputusan parti yang dibuat ketika muktamar Pas sebelum ini bahawa Pas akan terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Menurutnya, meskipun Pas dan UMNO datang dari bangsa yang sama iaitu Melayu dan Islam sebagai pegangan mereka, kerjasama itu tidak boleh dilaksanakan kerana kedua-dua parti mempunyai matlamat yang berbeza.

''Kalau benar ada pemimpin Pas menemui Harussani dan bincang mengenai perpaduan UMNO-Pas, mereka itu telah melanggar keputusan parti.

''Mereka ini juga tidak patuh dan perlu dikenakan tindakan. Mereka tidak faham perjuangan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasussani bahawa ada pemimpin Pas yang menemui Mufti Perak itu untuk mendapatkan pandangan bagi merealisasikan usaha menyatukan orang Melayu serta mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas.

Dalam pada itu, Khalid enggan mengulas lanjut ketika ditanya dakwaan bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali merupakan antara pemimpin Pas yang didakwa mengadakan pertemuan dengan Harussani mengenai usaha perpaduan kedua-dua parti itu.

''Itu kena tanya dia sendiri, saya tidak tahu. Namun, pada 25 Julai ini, kita akan adakan majlis munaqasah di peringkat negeri Selangor mengenai ucapan dasar Presiden Pas yang dibuat pada muktamar Pas tahun ini," katanya.

Dalam masa yang sama katanya, beliau sendiri akan bertanya kepada pemimpin Pas negeri sama ada benar atau tidak di kalangan mereka mengadakan pertemuan dengan Harussani atau pun Mufti Perak itu berbohong membuat dakwaan tersebut.

''Jika ada, saya akan minta mereka menjelaskan tujuan dan matlamat mereka mengadakan perjumpaan dengan Harussani itu. Kalau benar, saya akan buat aduan kepada kepimpinan parti," ujarnya. - Utusan

No comments:

Post a Comment