"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Tuesday, December 21, 2010

PKR Semakin Pupus...!!!

PKR! Belum boleh berjalan dah nak berlari..rebah dan tersungkur la!!!
Sekurang-kurangnya tiga ketua cabang PKR Sabah dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti hari ini.


Menurut sumber dalaman, satu sidang akhbar akan dibuat oleh ketua cabang PKR Putatan Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang merupakan penyokong kuat pemimpin PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.



FMT dimaklumkan bahawa Awang Ahmad Sah dan sekurang-kurangnya dua ketua cabang lain akan menerangkan sebab-sebab mereka keluar parti.

Menurut mereka, Jeffrey mungkin akan turut serta untuk menerangkan kedudukan beliau sendiri.

Satu sumber dalaman lain menyatakan pemimpin PKR Sabah akan meletakkan jawatan secara berperingkat mulai esok sehingga awal tahun depan.

"Ia akan berakhir dengan pengumuman bahawa Jeffrey sendiri keluar parti pada satu tarikh sesuai. Jeffrey, jika berada di sini pada Selasa pasti dia akan menerangkan kedudukannya……" tambah sumber tersebut.

Jeffrey, Awang Ahmad Sah bersama Daniel John Jambun dan Mozes Iking difahamkan telah mengadakan pertemuan bersama empat orang pemimpin Parti Nasional Sarawak (SNAP) di Miri pada hari Ahad.

Meninggalkan PKR secara berperingkat 

Pemerhati politik menjangka pemimpin politik Sabah, Jeffrey Kitingan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya sekarang namun sumber dalaman mendakwa bahawa beliau dihalang dari berbuat demikian oleh para penyokongnya yang mahu kumpulan penyokong beliau meninggalkan PKR secara berperingkat.

Ahmad Sah ketika dihubungi melalui telefon menegaskan bahawa beliau akan mempengerusikan satu sidang akhbar penting hari ini di Tambunan Golf and Country Clubhouse di Beverly Hills, Penampang.

"Saya akan memberitahu segalanya yang mahu dikatakan oleh saya dan rakan-rakan di sidang akhbar tersebut," kata pemimpin akar umbi kelahiran Bajau-Dusun-Brunei ketika ditanya sama ada beliau akan keluar parti.

Ahmad Sah merupakan antara sebahagian kecil pemimpin Muslim PKR Sabah yang memberikan sokongan kuat secara berterusan kepada Jeffrey dalam perjuangan untuk memperoleh kembali hak dan autonomi negeri Sabah.

Allahyarham bapanya, Awang Sahari Abdul Latiff yang dikenali sebagai pemimpin Sabah yang mahukan autonomi untuk negeri Sabah merupakan antara 20 pemimpin Sabah yang berunding dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ketika membentuk Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963.

Allahyarham turut ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama setahun dalam era awal 60-an kerana disyaki menjadi agen pemberontak di Brunei, Azahari

Sumber : FMT

No comments:

Post a Comment